Yusof Haslam terima Ijazah Doktor Falsafah filem | News & Features | Cinema Online
Showtimes
 
Article

Yusof Haslam terima Ijazah Doktor Falsafah filem

Writer: Ashraf Nasser


Ini merupakan anugerah ketiga Datuk Yusof Haslam sepanjang lebih empat dekad dalam dunia seni

24 Sep – Penerbit dan pengarah filem tersohor tanah air, Datuk Yusof Haslam berbesar hati apabila menerima Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam jurusan perfileman.

Penganugerahan gelaran Doktor itu diberikan kerana jasanya dalam industri seni tanah air selama 46 tahun.

"Saya tentunya berbesar hati menerima tawaran pihak universiti. Ia adalah pengiktirafan bermakna buat saya selama lebih empat dekat dalam dunia seni," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Ini bukanlah anugerah pertama yang diterima oleh Yusof Haslam sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, sebaliknya yang ketiga.

Sebelum ini dia pernah menerima Anugerah Usahawan Malaysia pada 1996 daripada Dewan Perniagaan Melayu ketika menerbit dan mengarahkan filem "Maria Mariana".

Yusof kemudian turut mendapat penganugerahan pangkat ACP Kehormatan daripada Polis Diraja Malaysia kerana aktif menghasilkan drama kepolisan pada tahun 2012.

Sementara itu, dalam perkembangan seninya terbaru Yusof telah mengesahkan bahawa filem trilogi "Munafik 3" arahan anaknya iaitu Syamsul akan menemui penonton dalam tempoh dua tahun lagi.

Pembikinan filem ketiga itu disahkan selepas filem "Munafik 2" yang ditayangkan baru-baru ini telah mencipta sejarah baru apabila berjaya mengutip lebih RM40 juta dalam tempoh 17 hari tayangannya.

Cinema Online, 24 September 2018

Related Movies:
Munafik (Malay) (25 Feb 2016)
Munafik 2 (Malay) (30 Aug 2018)
Abang Long Fadil 2 (Malay) (24 Aug 2017)


Showtimes