News
Ghaz Abu Bakar: "Polis Evo" padat dengan aksi


Date Posted: 06 August 2015


Barisan pelakon dan pengarah "Polis Evo".

6 Ogos – Pengarah filem Ghaz Abu Bakar memberitahu filem terbaru arahannya "Polis Evo" akan tampil padat dengan aksi.

Menurut Ghaz, filem aksi keduanya ini dia lebih menumpukan pada aksi dan mengurangkan babak-babak komedi.

"Filem terbaru saya kali ini boleh dikatakan 80 peratus aksi, dan saya mengurangkan babak-babak komedi walaupun dibintangi oleh Zizan Razak," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran filem "Polis Evo" di Hard Rock Café, KL, semalam.


Shaheizy Sam, Ghaz Abu Bakar & Zizan Razak.

Pada masa sama, Ghaz turut memberitahu bahawa skrip asal filem ini telah diolah kerana mahu mengembangkan lagi watak jahat yang dibawa oleh Ayie Hushairi.

"Salah satu sebab saya olah skrip adalah kerana mahu menonjolkan lagi watak jahat yang dibawa oleh Ayie supaya ia bukan sekadar watak jahat. Selain itu, saya juga mahu memaparkan elemen tradisi di Terengganu.

"Jadi, masyarakat luar dapat lihat kelainan filem aksi ini, iaitu persepsi budaya kita."


Shaheizy Sam & Zizan Razak begaya dengan Nissan R35 GTR.

Filem terbitan Astro Shaw ini mengisahkan tentang dua anggota polis, Khai dan Sani yang mempunyai personaliti yang berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

"Polis Evo" yang dibintangi pelakon hebat seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai peneraju turut dibarisi pelakon popular lain seperti Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi dan ramai lagi.

Ia akan ditayangkan di layar perak bermula 17 September depan.

Writer: Ashraf Nasser

You May Also Like:
To read this article in English, click here.

Related Movies
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)


Ticket Pricing Guide
Poll
Which of these giant film franchise(s) is/are your favourite ? [View Poll]