News
Saiful Apek harap filem arahannya ditayangkan selepas 8 tahun


Date Posted: 10 November 2016


Saiful Apek berkata sudah tiba masanya untuk berkongsi ilmu kepada pelawak generasi baru.

10 Nov – Pelakon dan pelawak Saiful Apek menyuarakan harapannya agar filem sulung arahannya berjudul "Shh... Dia Datang" dapat ditayangkan tidak lama lagi selepas lapan tahun ditunda, malah lima pelakon utama dalam filem tersebut juga sudah meninggal dunia.

"Filem ini memulakan penggambaran sejak tahun 2008 dan sehingga kini saya masih berharap agar karya arahan sulung saya itu akan ditayangkan di pawagam.

"Lebih mendukacitakan, filem yang sepatutnya menjadi sebuah karya yang melengkapkan profil seni saya sudah bertukar menjadi sebuah filem 'tribute' kerana lima daripada pelakonnya sudah meninggal dunia iaitu Ahmad Busu, Zami Ismail, Din Beramboi, Bob Kuman dan Syukri Hashim," katanya kepada mStar.

Jelas Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff itu lagi, ketika dalam proses menyiapkan filem tersebut pelbagai masalah dalam timbul namun mereka berjaya juga siapkannya.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filemnya itu, pelakon "Sifu Dan Tongga" ini berkata dia mengetengahkan latar sitkom komedi "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" yang pernah menjadi kegemaran penonton suatu ketika dahulu.

Sementara itu, dalam perkembangan terbarunya, pelawak berusia 47 tahun itu berkata dia kini menjadi juri tetap program komedi "Lawak Solo" yang mana dia dapat berkongsi ilmu dan pengetahuannya untuk pelawak generasi baru yang dilihat semakin berkembang.

Pada masa sama, Saiful berharap agar pelawak-pelawak baru ini dapat memberikan bahan komedi yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi mempunyai mesej-mesej positif.

Writer: Ashraf Nasser



Related Movies



Poll
Which of these giant film franchise(s) is/are your favourite ? [View Poll]