Rencana
5 Filem terbaik dari adaptasi Shakespeare


Tarikh disiarkan: 29 Disember 2015


Michael Fassbender dan Marion Cotillard dalam "Macbeth".

Walaupun penyiar dan penulis terkenal Inggeris, William Shakespeare telah meninggal dunia hampir 400 tahun lalu, tetapi legasinya masih kekal sehingga kini.

Terbaru, filem "Macbeth" yang diadaptasi dari karya Shakespeare menggunakan judul sama dibintangi oleh Michael Fassbender dan Marion Cotillard. Filem tersebut telah pun berjaya ditayangkan di festival filem dan berjaya mendapat anugerah selepas ia tercalon di Palme d'Or pada Cannes 2015. Tarikh tayangan filem "Macbeth" di Malaysia telah beberapa diubah (malah pernah dikeluarkan) tetapi akhirnya ditetapkan pada 7 Januari 2016.

Memandangkan kita bakal menyaksikan "Macbeth" di pawagam lagi beberapa minggu, Cinema Online akan menyenaraikan beberapa filem yang diadaptasi dari karya terhebat Shakespeare!

1. 10 Things I Hate About You (1999)


Heath Ledger dan Julia Stiles membintangi "10 Things I Hate About You".

Peperangan di antara jantina berbeza terutamanya filem komedi sekolah tinggi bukanlah sesuatu yang baru, tetapi bagi pengarah Gil Junger yang pertama kali membuat debut telah berjaya memberikan kelainan pada genre klise ini dengan menyuntik karya William Shakespeare "The Taming of the Shrew". Ternyata ia menjadi sebuah filem yang penuh dengan kegembiraan dengan dialog-dialog mantap serta lagu tema bergenre rock yang menampilkan kumpulan seperti Letters To Cleo dan Save Ferris. Kejayaan filem tersebut turut disumbang oleh lakonan mantap Julia Stiles, Heath Ledger, Joseph Gordon-Levitt dan Larisa Oleynik.

2. Hamlet (1996)


Salah satu babak Michael Maloney dan Kenneth Branagh dalam "Hamlet".

Karya "Hamlet" boleh dikatakan antara karya terbaik oleh William Shakespeare, yang mana menyaksikan karya tersebut telah beberapa kali diadaptasi ke layar perak termasuk pemenang Oscar tahun 1948 yang mana dibintangi dan diarahkan oleh Sir Laurence Olivier, dan juga versi Franco Zeffirelli pada tahun 1990 yang dibintangi oleh Mel Gibson dan Glenn Close. Tetapi antara kesemua adaptasi "Hamlet", filem adaptasi versi Kenneth Branagh pada tahun 1996 merupakan yang terbaik. Tercalon untuk 4 Anugerah Akademi termasuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Skor Asal Terbaik.

3. Macbeth (1971)


(Kiri-Kanan) Francesca Annis dan Jon Finch dalam "Macbeth".

Sebelum "Macbeth" versi 2015, terdapat sebuah karya versi Roman Polanski yang mana dibintangi oleh Jon Finch sebagai watak utama dan Francesca Annis sebagai Lady Macbeth. Filem ini mempunyai grafik ganas dan bogel. Walaupun menerima kritikan bercampur, namun filem Roman Polanski kekal sebagai salah sebuah filem Shakespeare paling berinspirasi dan provokatif pernah dibuat pada 70an.

4. West Side Story (1961)


Salah sebuah babak muzikal hebat dalam filem "West Side Story".

Berdasarkan muzikal hit Broadway yang diinspirasikan oleh karya William Shakespeare "Romeo and Juliet", Jerome Robbins dan Robert Wiese "West Side Story" juga merupakan salah sebuah filem muzikal terhebat yang pernah dihasilkan. Filem itu terkenal kerana mempunyai karya asli tetapi energetik dengan suntikan beberapa lagu termasuk "The Jet Song", "America", "I Feel Pretty" dan "Cool". Tidak lupa juga koreografi hebat Robbins dan juga lakonan mantap oleh barisan pelakon Natalie Wood dan Richard Beymer. "West Side Story" sangat popular ketika tayangannya sehingga ia berjaya merangkul 10 Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

5. William Shakespeare's Romeo + Juliet (1996)


(Kiri-Kanan) Claire Danes dan Leonardo DiCaprio dalam salah satu babak dari "William Shakespeare's Romeo + Juliet".

Karya William Shakespeare "Romeo and Juliet" adalah karya yang mula diadaptasi sejak 1908 lagi, tetapi pengarah dari Australia Baz Luhrmann tampil berbeza dari Shakespeare sebelum ini. Dengan gaya kontemporari, Luhrmann tampil dengan versinya sendiri "Romeo + Juliet" yang mana dua kumpulan yang bermusuhan menggunakan senjata api berbanding pedang dan berlatar belakangkan zaman moden di Verona Beach. Tampil dengan lagu tema yang hebat, filem ini boleh dikatakan sebagai pre-"Titanic" yang mana Leonardo DiCaprio sebagai Romeo dan bekas bintang TV "My So-Called Life" bergandingan dengan Claire Danes sebagai Juliet.

"Macbeth" akan menemui penonton di seluruh negara pada 7 Januari 2016.

Penulis: Casey Chong