Rencana
5 Filem 'crossovers' yang ingin kita lihat berlaku


Tarikh disiarkan: 13 Oktober 2015


Filem 'crossovers' yang pastinya ditunggu-tunggu.

Terima kasih kepada kejayaan formula Marvel's Cinematic Universe, sekarang ini filem 'crossovers' atau lintasan kini mula menjadi trend. Tahun ini sahaja, kita menyaksikan "Avengers: Age Of Ultron" dan tahun hadapan pula filem paling dinanti-nantikan "Batman v Superman: Dawn Of Justice".

Tetapi sebenarnya filem 'crossovers' ini bukanlah perkara baru. Sebagai contoh antara filem terawal yang merupakan filem 'crossovers' adalah "Frankestein Meets the Wolf Man" pada tahun 1943, dan beberapa filem lain seperti "Van Helsing", "Freddy vs. Jason" dan "Alien vs. Predator".

Memandangkan kita dalam topik ini, berikut adalah senarai hajat kami yang mahu melihat filem 'crossovers' ini pada masa akan depan.

1. "James Bond" & "Mission: Impossible"

Bagi anda yang sudah menonton "Mission: Impossible – Rogue Nation", pastinya anda mengenali Rebecca Ferguson yang membawa watak ejen M16 bernama Ilsa Faust. Seperti yang anda tahu, M16 adalah organisasi Perisikan U.K yang dipopularkan oleh filem "James Bond". Jadi, tidakkah menarik melihat watak Ferguson dari "Mission: Impossible – Rogue Nation" untuk bersatu dengan ejen 007? Sudah semestinya, filem "Mission: Impossible" tidak akan lengkap tanpa kehadiran Tom Cruise sebagai Ethan Hunt. Kombinasi Tom Cruise, Rebecca Ferguson dan Daniel Craig (walaupun kontraknya sebagai James Bond tinggal satu filem lagi selepas "Spectre", tetapi siapa tahu, perkara pelik selalu terjadi di Hollywoo) pastinya dilihat sebagai pasukan hebat.

2. "Lethal Weapon" & "21 Jump Street"

Ketika tahun 80an dan 90an, antara genre yang menjadi pilihan di Hollywood adalah filem 'buddy-cop'. Antaranya adalah siri "Lethal Weapon" yang dibintangi oleh Mel Gibson dan Danny Glover. Walaupun genre 'buddy-cop' pada masa kini tampak klise, tetapi terdapat sebuah filem yang mempunyai aura tersendiri "21 Jum Street" dan "22 Jump Street" yang dibintangi oleh Channing Tatum dan Jonah Hill. Bayangkan kedua-dua francais filem ini digabungkan. Ia pastinya akan menjadi sesuatu yang hebat, 'buddy-cop' generasi lama dan generasi baru pada generasi kini.

3. "Ghostbusters" & Popular Movie Monsters

Dalam filem "Ghostbusters" Paul Feig versi wanita pada tahun hadapan, ia turut akan menyaksikan filem dari Russo ("Captain America: The Winter Soldier" dan "Avengers: Infinity War Part I & II") dan juga filem animasi terbaru oleh Sony Pictures Animation. Jadi, sejak "Ghostbuster" menjadi tumpuan pada masa kini, apa salahnya jika filem 'crossovers' di mana pasukan "Ghostbusters" lelaki dan wanita menentang beberapa ikon seram dari Cinematic universe? Pastinya menarik untuk melihat makhluk seperti Freddy Krueger ("A Nightmare On Elm Street"), Jason Voorhees ("Friday The 13th"), Pinhead ("Hellraiser"), Michael Myers ("Halloween") dan Stripe ("Gremlins") sebagai penjahat dalam filem mashup "Ghostbusters"?

4. "Indiana Jones" & "Tomb Raider"

Jika terdapat perbandingan di antara dua jantina berlainan dalam watak pengembaraan, ia mesti kepada Indiana Jones dan Lara Croft. Sementara dunia masih lagi menunggu filem "Indiana Jones 5" berlaku dengan Chris Pratt dikhabar akan membawa watak utama, terdapat juga khabar mengenai filem "Tom Raider" akan dibuat semula. Apa kata gabungkan Indiana Jones dan Lara Croft bersama dalam satu filem pengembaraan-aksi epik? Sementara itu, kami juga berpendapat yang Pratt adalah calon sesuai untuk membawa watak Indiana Jones baru.

5. "The Avengers" & "X-Men"

Senarai filem 'crossovers' tidak akan lengkap jika tidak menyentuh francais adiwira dan ini adalah perkara yang paling hendak kami lihat ia terjadi; "The Avengers" dan "X-Men"! Sebenarnya mashup seperti ini sudah pun berlaku menerusi Komik Marvel pada tahun 2012. Tetapi ia akan menjadi lebih hebat jika divisualkan. Malah, pada Mac lalu dari Yahoo! Movies U.K, Hugh Jackman sendiri menyuarakan keterujaan filem mashup mungkin akan dilakukan. Jika Disney dan Fox boleh mencapai kata sepakat untuk merealisasikan "The Avengers" dan "X-Men" mashup seperti Disney pernah lakukan dengan Sony untuk "Spider-Man" ia pastinya menjadi mimpi menjadi kenyataan buat peminat-peminat tegar komik.

Penulis: Casey Chong

Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click here

Filem Berkaitan:
Ghostbusters (14 Julai 2016)
The Avengers: Age Of Ultron (23 April 2015)
22 Jump Street (17 Julai 2014)
X-Men: Days Of Future Past (22 Mei 2014)





Ticket Pricing Guide