Rencana
Filem menarik Europen Union Film Festival 2015 di KL


Tarikh disiarkan: 26 Oktober 2015


Filem manakah akan menjadi pilihan anda?

Memasuki tahun ke-16, Europen Union Film Festival (EUFF) bakal membawa sebanyak 22 buah filem terbaik merangkumi pelbagai genre dari 18 negara. Walaupun EUFF kali ini memilih filem-filem yang memenangi anugerah, tetapi bagi penonton kasual juga boleh memilih filem yang menepati cita rasa mereka.

Bermula pada 29 Oktober ini di Lembah Klang di pawagam GSC terpilih sehingga 8 Novemer, EUFF kemudian akan meneruskan tayangannya di Pulau Pinang pada 12 November, Kuching pada 26 November dan akhir sekali di Kota Kinabalu pada 10 Disember.

Jadi untuk membantu anda merancang menonton wayang pada hujung minggu anda, kami senaraikan 22 buah filem yang akan ditayangkan di EUFF 2015, di mana akan turut akan sarankan filem mesti tonton, samada anda peminat filem Eropah atau tidak.

The Wall / Die Wand (2012, Austria)

Selepas ditinggalkan seorang diri ketika melawat rakannya di rumah penginapan memburu di Austrian Alps, seorang wanita mendapati dirinya terpisah dari tamadun apabila dia tidak dapat meninggalkan bukit kerana dinding halimunan. Terdesak mencari jalan keluar, dia mula menerima realiti dan mula hidup di dalam dinding dengan hanya ditemani hidupan liar dan anjingnya Lynx untuk tiga tahun.

Diadaptasi dari novel Marlen Haushofer 1963, "The Wall" kali pertama ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin 2012, di mana ia telah memenangi anugerah Ecumenical Jury for Panorama, dan turut mendapat pencalonan dari festival filem di Bombay sehingga Vienna. Walaupun filem ini boleh dikatakan sci-fi tetapi anda tidak akan dapat mencari jawapan konklusif di sini, kerana karakter cuba mencari dirinya di sebalik hutan belantara. Watak solo yang dibawa oleh Martina Gedeck telah berjaya mendapat pencalonan di Jerman dan Austria.

Brasserie Romantique / Brasserie Romantiek (2012, Belgium)

Pada Hari Kekasih di restoran milik Pascaline, pelanggannya pada malam itu datang dengan pelbagai masalah cinta. Rose, seorang surirumah yang kebosanan mahu mendedahkan pada suaminya yang dia mempunyai hubungan sulit. Mia cuba membunuh diri selepas makan malam, tetapi digoda oleh pelayan restoran Lesley, dan penjawat awam Walter berasa tidak yakin apabila berada di hadapan wanita idamannya. Mereka bukan sahaja mempunyai masalah cinta pada malam itu, kerana Pascaline juga menghadapi masalah sama apabila bekas kekasihnya 20 tahun lalu datang mahu mengajaknya ke luar negara.

Cinta datang dengan pelbagai ragam. Ia boleh bermula dengan manis, tetapi akan berubah selepas beberapa waktu, ada yang mula bosan dan memutuskan hubungan, ada yang merasa menyesal kerana impian untuk hidup bersama tidak tercapai. Di tulis oleh pemenang anugerah penulis skrip "Miscow, Belgium" (2008), Jean-Claude Van Rijckeghem, ini merupakan filem kedua arahan pengarah Belgian Joel Vanhoebrouck yang berjaya memukau penonton di Festival Filem Antarabangsa Festroia de Setubal 2013, menang Anugerah Penonton.

Paper Souls / Les Ames de Papier (2013, Belgium)

Paul bersara dari kerjayanya sebagai seorang novelis selepas kematian isterinya. Kerja barunya adalah menulis ucapan ketika hari pengembumian, sambil meluangkan masa menolong jiran lamanya Victor selepas adiknya meninggal dunia. Pada satu hari, seorang janda Emma bertemu Paul meminta untuk menulis ucapan untuk arwah suaminya, kerana mahu anak lelakinya kembali bercakap. Kolaborasi mereka bagaimanapun bertukar kepada cinta.

Diarahkan oleh Vincent Lannoo dari layar skrin Francois Uzan, drama Belgian ini adalah bagaimana mencari tujuan baru hidup dan bagaimana menghadapi cabaran selepas kematian orang yang tersayang. Filem ini juga pernah memenangi anugerah di Festival Filem Stony Brook.

Revival (2013, Czech Republic)

Selepas berpecah sejak 40 tahun lalu, kumpulan Smoke yang pernah dikenali sebagai 'Czech Beatles', merancang untuk membuat penampilan semula. Walaupun setiap seorang mereka mempunyai tujuan tersendiri, namun akhirnya mereka kembali membuat muzik bersama lagi.

Penulis-pengarah Alice Nellis "Revival" mungkin kurang berjaya di Festival Filem Antarabangsa Audience Award di Karlovy Vary pada 2013 dan tercalon untuk Anugerah Filem Eropah Timur Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Santa Barbara pada tahun berikutnya, namun filem mengenai kumpulan rock ini menjadi hit di Czech Republic dengan 11 pencalonan di Czech Lions pada tahun 2014.

A Hijacking / Kapringen (2012, Denmark)

Kapal MV Rozen sedang menuju ke pelabuhan apabila dirampas oleh lanun Somalia di perairan India. Ke semua krew kapal dijadikan tebusan; permainan psikologi rundingan bermula di antara lanun dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kapal tersebut, sementara tebusan berada dalam keadaan trauma.

Diriliskan awal setahun sebelum filem hampir serupa "Captain Philips", ini adalah filem kedua Tobias Lindholm sebagai pengarah tetapi ia bukan berdasarkan kisah sebenar tetapi ia adalah situasi seperti keadaan sebenar apabila kapal dirampas di tengah perairan India. Krew yang melakonkan watak pelayar dalam filem pernah mempunyai pengalaman sebenar seperti kejadian rampasan, dan mereka membantu pengarah. Walaupun tidak mempunyai hero seperti dalam "Captain Philips", namun apa yang boleh penulis katakan adalah filem ini sangat tegang sepanjang 99 minit kerana nyawa anak-anak kapal bergantung kepada rundingan oleh lanun dan pihak majikan.

"A Hijacking" telah berjaya memenangi anugerah di beberapa festival antaranya Golden Alexander Prize di Festival Filem Thessaloniki 2012, anugerah Crystal Arrow dan Pelakon Terbaik di Festival Filem Les Arcs Euripean 2012 dan Audience Award untuk Filem Nordik Terbaik di Festival Filem Goteborg 2013.

The Men of Talvivaara Mine / Talvivaaran Miehet (2015, Finland)

Syarikat perlombangan Talvivaara Mine tersepit diantara masalah bankrap dan juga banyak krisis persekitaran, manakala pekerja-pekerja pula cuba untuk terus bekerja demi mencari sesuap nasi.

Dokumentari Markku Heikkienan membawa anda ke dalam dunia empat orang lelaki yang bekerja dengan syarikat melombong Nickel kontroversi yang berada di ambang krisis kewangan dan isu persekitaran di Finland. Keempat-empat mereka ini hanyalah memainkan peranan kecil dalam struktur besar korporat yang menjejaskan kedua-dua kehidupan profesional dan peribadi mereka, namun mereka hanya mampu berharap agar masalah yang dilihat seperti tiada penamat akan selesai.

Maestro (2014, France)

Henri seorang pelakon yang sedang meningkat naik bercita-cita mahu berlakon dalam filem "The Fast and The Furious". Dia menyangka dirinya menuju ke puncak kejayaan selepas melepasi sesi uji bakat, Henri mendapati dirinya terlibat dengan pembikinan filem independent Cedric Rovere. Ia memaparkan salah faham di antara jangkaan pembikinan filem blockbuster dan kesukaran artistik dalam mencipta visi oleh pembikin filem independent. Filem ini telah menjadi filem tumpuan pada Festival Filem Antarabangsa Chicago pada 2014 dan juga tercalon dalam Audience Choice Award.

Phoenix (2014, Germany)

Nelly, seorang Yahudi-Jerman yang bekerja sebagai penyanyi kelab malam, telah terselamat ketika di kem tahanan. Akibat mengalami kecederaan teruk di muka, Nelly telah menjalani pembedahan muka dan kini mempunyai wajah lain yang mana bekas suaminya, Johnny, tidak mengenali dirinya lagi. Johnny beranggapan bahawa Nelly sudah lama meninggal dunia, dan apabila mereka bertemu lagi, Johnny menganggap dia seperti pelanduk dua serupa dan mahu menggunakannya untuk mendapat akses kepada kekayaan isterinya. Nelly mengambil keputusan untuk meneruskan penyamaran itu sementara dia cuba mencari punca sama ada Johnny yang mengkhianatinya. Tahun ini EUFF membawa filem drama selepas perang Jerman dari pengarah Christian Petzold (selepas "Barbara" pada tahun 2013). Dibintangi Nina Hoss, yang memenangi Golden Space Needle Award di Festival Filem Antarabangsa Seattle dan tercalon untuk Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Jerman, Petzold juga memenangi FIPRESCI Prize di Festival Filem Antarabangsa San Sebastian.

A Godsend / Ein Geschenk der Götter (2014, Germany)

Anna seorang pelakon bekerja di pusat teater komuniti dearah telah diberhentikan kerja. Sementara mencari kerja di pusat mencari kerja, salah seorang pekerja di situ mengenalinya dan mencadangkan supaya dia menggunakan bakatnya untuk memulakan 'kelas latihan' kepada tujuh orang penggangur di pusat itu.

Filem pilihan di Munich Film Festival pada 2014 di mana ia telah menerima anugerah Audience Award untuk Filem Terbaik, Katharina Marie Schubert adalah "A Godsen" untuk memimpin barisan penggangur untuk mementaskan tragedi Greek "Antigone". Schubert telah tercalon untuk Pelakon Wanita Utama Terbaik di Anugerah Filem Jerman pada 2015, dan berjaya mengondol Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Bavarian.

Little England / Mikra Agglia (2013, Greece)

Di sebuah kepulauan Greek di Andros, digelar "Little England" kerana kekuatan perdagangan maritimnya, tinggal adik beradik Saltagero, Orsa dan Moscha. Apabila rahsia dia antara mereka terbongkar, keluarga mereka menjadi porak peranda disamping transformasi besar-besaran yang berlaku di pulau tersebut dari 1930 ke 1950.

"Little England" adalah adaptasi dari novel berjudul sama oleh Ioanna Karystiani, dan diarahkan oleh suaminya Pantelis Voulgaris. Ia menjadi filem hit di Greece, apabila menggondol 6 anugerah (termasuk Filem Terbaik) dari 11 pencalonan di Anugerah Akademi Filem Hellenic dan menjadi filem kedua memenangi banyak anugerah dalam sejarah. Di luar negara, "Little England" mendapat pujian daripada pengkritik filem sebagai Filem Terbaik (tambahan Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik) di Festival Filem Antarabangsa Shanghai, dan akan mewakili Greece untuk kategori filem Bahasa Asing di Anugerah Akademi 2015.

The Conquest / Honfoglalás (1996, Hungary)

Ia mengisahkan tentang kedatangan ketua Magyar Arpad dan tujuh puaknya ke Carpathian dari steppes. Kumpulan Arpad, kononnya orang Attila the Hun, berjuang di barat yang mana kemudian dikenali sebagai Hungary. Daripada ramai orang yang mereka temui, penduduk di rantau itu sahaja satu-satunya mengalu-galukan kedatangan keturunan perompak itu. Filem ini dilakon semula di lokasi asal di mana kejadian bersejarah itu berlaku. Dibintangi pelakon Itali Franco Nero (lebih dikenali sebagai pelakon yang membawa watak asal Django) sebagai bapa pengasas Hungary.

The Chair of Happiness / La Sedia della Felicità (2013, Italy)

Bruna, seorang jurusolek, mendapat tahu daripada seorang pelanggan yang nazak di penjara yang dia telah menyembunyikan harta karun di salah sebuah kerusi di bilik lukisannya. Bruna yang mengalami masalah kewangan mengambil keputusan untuk ke villa wanita itu untuk melihat sama ada betul atau tidak. Di sana dia berdepan situasi bahaya dan diselamatkan oleh seorang artis tatu bernama Dino. Mereka kemudian meneruskan pencarian bersama. Kerusi tersebut bakal dilelong dan Bruno dan Dina perlu mencari jalan untuk mengetahui siapa membelinya dan di mana ia berada. Dari pengembaraan mereka berputik cinta di antara mereka.

Filem romantik komedi Itali ini dibintangi oleh Valerio Mastandrea dan Isabella Roganese. Filem ini adalah filem terakhir dari pengarah Carlo Mazzacurati yang telah meninggal dunia pada tahun 2014. Walaupun Mazzacurati menerima anugerah Silver Ribbon of the Year oleh Italian National Syndicate of Film Journalist selepas meninggal dunia, "The Chair of Happiness" telah berjaya mendapat lima pencalonan di Anugerah Itali David di Donatello pada 2014 untuk Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki dan Wanita, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.

Dead Man Talking (2012, Luxembourg)

William Lamers adalah penjenayah berusia 40 tahun yang telah dijatuhi hukuman mati di atas kesalahan membunuh. Ketika hukuman tersebut hendak dijalankan secara umum, tiada seorang pun dari keluarga William mahupun keluarga mangsa yang hadir untuk menyaksikan hukuman dijalankan. Yang datang hanyalah wartawan tempatan. Bagaimanapun hukuman yang sepatutnya berjalan dengan lancar bertukar menjadi mimpi ngeri buat pengarah penjara apabila William ditanya sama ada dia mahu mengatakan sesuatu sebelum dia mati, yang mana William kemudian mula bercerita mengenai hidupnya.

Ditulis, diarah dan dibintangi oleh Patrick Ridremont, "Dead Man Talking" adalah filem hit bukan sahaja di kalangan rakyat Belgium tetapi juga di rantau Perancis. Menerima lapan pencalonan, termasuk Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik dan Filem Terbaik di Anugerah Belgian Magritte pada 2013 (walaupun hnaya menang untuk Rekaan Produksi Terbaik), ia adalah satu pengiktirafan yang cukup besar untuk orang kali pertama menulis skrip dan mengarah filem. Tetapi mendapat pencalonan untuk Filem Berbahasa Perancis Filem Asing di Anugerah Lumiere Perancis dan Anugerah Ceasar telah melonjakkan reputasi Ridremont sebagai seorang pelakon, pengarah dan penulis skrip.

Kon-Tiki (2012, Norway)

Berdasarkan ekspidisi bersejarah Kon-Tiki oleh penyelidik Norway, Thor Heyerdahl, dan sekumpulan penyelidik Norway dan pakar marin cuba mengesan dan membuktikan jalan laut yang diambil oleh nenek-moyang Polinesia ke sebuah kepulauan di Pasifik menggunakan rakit tradisional.

"Kon-Tiki" adalah filem paling berjaya Norway sejak beberapa tahun (dan juga paling mahal pada 2012). Diarahkan oleh Joachim Ronning dan Espen Sandberg, "Kon-Tiki" telah ditayangkan mendapat Audience Award di Festival Filem Antarabangsa Norwegian, dan menjadi filem pertama Norway yang bertanding untuk Filem Bahasa Asing di Anugerah Akademi dan Golden Globe. Walaupun "Kon-Tiki" tidak membawa pulang trofi, namun ia telah melonjakkan nama kedua-dua pengarah itu sebagai pakar filem pengembaraan laut, sehingga diberi peluang untuk mengarah filem akan datang "Pirates of the Caribbean: Dead Man Tell No Tales".

Ida (2013, Poland)

Sebelum dia mengangkat sumpat untuk menjadi rahib, Anna dibenarkan untuk melawak saudaranya iaitu mak cik Wanda. Ketika bertemu dengannya, mak ciknya mendedahkan bahawa nama sebenar Anna adalah Ida dan dilahirkan seorang Yahudi, sementara kedua ibu bapanya hilang. Bersama, Wanda dan Ida telah mencari tempat untuk mereka tinggal buat selamanya.

Filem ini adalah antara filem terbaik yang ditayangkan untuk EUFF tahun ini dengan memenangi banyak anugerah. Diarahkan oleh Pawel Pawlikowski, filem ini adalah filem cereka Poland yang telah memenangi banyak anugerah di banyak festival filem termasuk Eropah dan Amerika. Antara kejayaan filem ini adalah dinobat sebagai Filem Terbaik di Anugerah Filem Polish dan Festival Filem Polish, kemudian memenangi Audience Award dan Filem Terbaik (antara lain) di Anugerah Filem Eropah, dan paling utama memenangi anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik di Oscar 2015.

Sweet Little Lies / Minte-mă Frumos (2012, Sweden)

Dani adalah gigolo separuh masa manakala Toni pula seorang penggodam yang mengenali seorang wanita menerusi Internet, Oana. Oana dan rakan sebiliknya Dana jauh berbeza. Dana seorang wanita yang mempunyai penampilan seksi yang membuatkan ramai lelaki tergila-gilakannya. Oana seorang yang sukakan benda manis dan biskut, sesuai dengan bentuk tubuhnya yang gempal. Selepas lama bersembang di alam maya, Toni dan Oana membuat keputusan untuk bertemu. Tetapi masalah timbul kerana Toni bukanlah seperti dalam gambar profilnya jadi dia telah meminta Dani untuk menyamar sebagainya pada temu janji pertama.

Aferim! (2015, Romania)

Berlatarbelakangkan Wallachia pada abad ke-19, seorang polis bernama Constandin telah diupah oleh seorang bangsawan, Iordache, untuk menangkap hambanya Garfin yang melarikan diri apabila dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isterinya. Constandin dan anak lelakinya Ionita kemudian memulakan pengembaraan untuk menangkap Garfin.

Eksplorasi Radu Jude tentang kisah lampau Romania yang tidak dinyatakan mengenai perhambaan gipsi, yang ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin tahun ini, turut memenangi Silver Bear, dan berjaya mencetuskan fenomena di Festival Filem Antarabangsa Independent IndieLisboa dan Festival Filem Antarabangsa Sofia. Ia akan mewakili Romania untuk kategori Filem Bahasa Asing Anugerah Akademi tahun hadapan.

A Gun in Each Hand / Una pistola en cada mano (2012, Spain)

Filem ini mengisahkan tentang lapan orang lelaki yang berusia 40an, yang mempunyai krisis identiti maskulin. J. berada dalam kemurungan, menjadikannya mangsa sempurna untuk psikoanalisis. E. telah hilang segala-galanya dan kini tinggal dengan ibunya. S. cuba untuk memenangi semula bekas isterinya selepas dua tahun. G. cuba untuk memahami mengapa isterinya mempunyai hubungan sulit jadi dia telah mengambil dadah. Rakan lain juga menempuh masalah hampir sama.

Purgatory / Purgatorio (2014, Spain)

Martha dan Luis baru sahaja berpindah ke sebuah apartment baru selepas kematian anak mereka. Ketika Luis mempunyai kerja di luar kawasan, Martha tinggal bersendirian. Martha kemudian dikejutkan apabila ada orang mengetuk pintu rumahnya. Suami jirannya terbabit dengan kemalangan dan mahu meminta tolong Martha menjaga anak lelakinya, Daniel. Martha bersetuju tetapi kemudian dia mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan budak lelaki itu.

Bagi mereka yang ingin mencari sesuatu yang lain untuk EUFF tahun ini bersempenan dengan bulan Halloween, "Purgatory" pastinya akan menjadi pilihan anda. Jika anda mahu kelainan dari kebiasaan untuk seram (tempatan atau yang lain), filem seram Sepanyol ini mungkin filem debut pengarah Pau Teixidor, tetapi ia dibintangi oleh Oona Chaplin yang turut membintangi "Game of Thrones".

The 100-Year-Old Man who Climbed Out of the Window and Disappeared / Hundraåringen Som Klev ut Genom Fönstret Och Försvann (2013, Sweden)

Ia mengisahkan tentang seorang lelaki tua berusia 100 tahun yang membuat keputusan untuk memulakan hidup baru. Selepas gembira dengan kehidupannya sebelum ini, Allan Karlsson mendapati dirinya terperangkap di rumah jagaan orang tua. Pada hari jadi ke-100nya, dia telah memanjat keluar dari tingkap dan menghilangkan diri. Kemudian bermulalah pengembaraan lucu dan tidak disangka membabitkan beberapa pembunuhan, beg penuh dengan wang dan polis yang tidak boleh diharap.

Berdasarkan novel terlaris nukilan Jonas Jonasson, "The 100-Year-Old Man who Climbed Out of the Window and Disappeared" telah berjaya memenangi hati penonton ketika ditayangkan, dan memenangi Audience Awards dari Festival Filem Chicago, Durban dan Florida. Sementara itu peneraju filem Robert Gustafsson telah berjaya dinobat sebagai Pelakon Terbaik di Anugerah Guldbagge.

Someone Like Me / Eine Wen Iig, dr Dallenbach Kari (2012, Switzerland)

Kisah cinta pandang pertama di antara Kari dan Annemarie ini berdepan dengan masalah. Mereka datang dari dua darjat yang berbeza dan ayah Annemarie sudah mempunyai calon menantu yang lebih kaya dan kacak untuk anak perempuannya itu.

"Someone Like Me" telah berjaya dinobat sebagai Filem Terbaik di Swiss Film Prize, bersama dengan Muzik Terbaik. Selain itu pelakon Carla Juri turut membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik tetapi Nils Althuas hanya tercalon sahaja, termasuk Felix von Muralt dalam kategori sinematografi terbaik.

Only When I Dance (2009, UK)

Filem dokumentari ini mengisahkan tentang dua remaja, Irlan dan Isabela, yang mengejar impian mereka iaitu mahu menjadi penari balet profesional supaya mereka dapat meninggalkan kampung halaman mereka, sebuah penempatan setinggan di Rio de Janeiro yang penuh dengan keganasan.

Tercalon di Rose d'Or Light Entertainment Festival dan Festival Filem Antarabangsa Warsaw, dokumentari Beadie Finzi "Only When I Dance" memaparkan mengenai dunia ballet, tetapi juga menari untuk meluahkan kebebasan dari realiti; dengan menyebarkan mesej dan harapan yang membuatkan dokumentari ini antara beberapa yang berbaloi untuk ditonton pada festival tahun ini.

Penulis: Casey Lee

Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click here.






Ticket Pricing Guide