Rencana
Pawagam-pawagam baru yang bakal dibuka separuh kedua 2015!


Tarikh disiarkan: 24 Julai 2015


Banyak pawagam-pawagam baru pada tahun 2015.

Awal tahun lalu, kami telah menyenaraikan pawagam-pawagam yang dijangka akan dibuka pada tahun ini di Malaysia. Suku pertama dan suku kedua 2015 sudah pun berlalu, sekarang jom lihat pawagam-pawagam lain yang akan dibuka pada suku ketiga dan keempat tahun ini.

Berikut adalah senarai pawagam-pawagam yang dibuka atau dilancar kembali untuk separuh kedua 2015.

GSC Cinemas

Separuh pertama 2015 menyaksikan Golden Screen Cinemas telah membuka banyak pawagam baru, dan untuk separuh kedua akan menyaksikan GSC Aman Central, Alor Setar akan dibuka. Pawagam yang akan mempunyai 10 dewan dijangka akan dibuka sebelum penghujung tahun 2015.

Terdahulu pada 29 Januari lalu, GSC telah membuka cawangan GSC Nu Sentral, diikuti dengan pelancaran semula GSC Ipoh Parade, yang mana merupakan pawagam terbesar di Perak dengan 11 dewan termasuk dewan GSC Maxx, Dolby Atmos dan dewan THX pada 5 Februari. Tidak lama selepas itu, GSC IOI City Mall di Putrajaya dibuka pada 13 Februari lalu yang mempunyai 13 dewan pawagam. Sementara itu, pada 11 Jun lalu GSC Klang Parade Mall turut dibuka yang mana mempunyai 8 dewan pawagam.

TGV Cinemas

Tiga lagi cawangan baru TGV Cinemas dijangka akan dibuka pada separuh kedua tahun ini. Pertama adalah TGV Cinemas DPulze di Cyberjaya, diikuti dengan TGV Cinemas AEON AU2 di Setiawangsa dan TGV Cinemas Sunway Putra Mall di Kuala Lumpur.

Terdahulu pada separuh pertama tahun ini TGV Cinemas telah membuka cawangan terbaru mereka termasuk TGV Cinemas Imperial City Mall, yang mana telah beroperasi sejak 17 Disember 2014 tetapi secara rasminya dilancar pada 12 Mac 2015. Pawagam dengan lapan dewan di Sarawak ini adalah cawangan pertama TGV di Timur Malaysia. Pada Februari lalu juga menyaksikan TGV membuka sebuah lagi cawangan baru TGV Cinemas Jaya Shopping Mall di Seksyen 14, Petaling Jaya. Barisan pertama dalam setiap dewan pawagam ini telah ditukar dengan kerusi Beanie. Sementara itu, TGV Cinemas Perda City Mall di Bukit Mertajam yang mempunyai lima dewan telah diubah suai dan dibuka semula pada April lalu.

LFS Cinemas

(Photo source: Our Journey Blogspot)

LFS Cinemas Mahkota Parade, Melaka kini dalam proses ubah suai untuk menambah dua lagi dewan baru menjadikan enam dewan keseluruhan dengan kapasiti sebanyak 1300 tempat duduk. Selain itu, ia turut akan dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby Digital, dan turut akan mempunyai dewan Dolby Atmos tidak lama lagi. Penambahan dua dewan pawagam baru itu dijangka akan siap pada 23 Julai ini.

Terdahulu LFS Cinemas telah melancarkan cawangan baru mereka iaitu LFS Cinemas Kerian Sentral Mall, di Parit Buntar, Perak pada bulan Februari lalu.

MBO Cinemas

Sebaik sahaja pawagam dengan lapan dewan MBO Cinemas Sungai Petani, Kedah dibuka, MBO Cinemas akan ada 191 skrin di 26 lokasi di seluruh negara. Cawangan terbaru dijangka akan dibuka pada Julai ini. MBO Cinemas sememangnya dikenali dengan kepelbagaian rekaan pawagam, yang mana cawangan terbaru pasti akan mempunyai rekaan dalaman berbeza daripada sebelum ini.

Pada 15 April lalu, MBO Cinemas telah melancarkan cawangan pertamanya di Sabah iaitu MBO Cinemas Imago Kota Kinabalu, yang mana menampilkan rekaan dalaman bertemakan kehidupan lautan Borneo. Pawagam dengan lapan dewan tersebut merupakan yang pertama memperkenalkan kerusi Actuator dan juga Auro 11.3 3D sistem bunyi di Timur Malaysia.

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.




Ticket Pricing Guide