Rencana
Peminat Pokemon Go? Jangan lupa saksikan "Nerve"!


Tarikh disiarkan: 13 Ogos 2016


Dave Franco dan Emma Roberts kongsi momen istimewa dalam "Nerve".

Emma Roberts membawa watak remaja bernama Venus a.k.a Vee, seorang pelajar kurang popular di sekolah tingginya yang akhirnya berjaya dipujuk oleh rakan baiknya untuk menyertai permainan video realiti yang digelar Nerve.

Permainan yang dimainkan menerusi telefon pintar, boleh dikatakan seperti permainan 'truth or dare' tanpa elemen truth, dan memberi ganjaran lumayan untuk mereka yang lebih berani. Peserta akan dibahagi kepada "watchers", yang mana memerhati dan menentukan permainan yang dimainkan oleh orang lain, dan "players", mereka yang akan melakukannya. Sebagaimana Vee akhirnya mengambil cabaran untuk menjadi peserta, dia kemudian bertemu dengan peserta lain bernama Ian (Dave Franco), dan mereka telah dipasangkan oleh "watchers" untuk sepanjang permainan tersebut.

Permulaan filem ini mungkin akan bermula dengan kisah cinta remaja, tetapi ia kemudian perlahan-lahan bertukar kepada suspens apabila kedua-dua Vee dan Ian mula menyedari cabaran mereka semakin berbahaya dan cara untuk keluar adalah untuk menghabiskan permainan itu atau nyawa mereka berdepan risiko.

Berdasarkan treler, ia sebuah filem yang tampak menarik, tetapi jika anda masih ragu-ragu dan perlu sebab untuk tonton, jadi baca di bawah!

Tampil dengan filem bergenre jenayah techno-thriller

Genre filem jenayah techno-thriller tidak diterokai seperti filem tipikal lain seperti, aksi, romantik dan genre seram, sebagaimana ia sebuah genre yang agak sukar yang mana ia berjaya atau tidak. (Masih ingat dengan filem "Blackhat" Michael Mann?) Dengan menampilkan barisan pelakon muda dan kebergantungan mereka terhadap media sosial, "Nerve" telah berjaya memberi nafas baru dengan menggabungkan kombinasi menarik techno-thriller yang kita suka seperti filem "The Game" (1997), "Gamer" (2009) dan "Eagle Eye" (2008). Filem ini menerokai bagaimana remaja sanggup obsesi dengan media sosial, dalam kes ini permainan 24 jam P2P yang memaksa mereka untuk mengikuti peraturannya.

Pengkritik membandingkannya dengan Pokemon Go

Filem ini memilih waktu yang sesuai untuk diriliskan. Memandangkan dunia kini sedang demam Pokemon Go, "Nerve" sering dibandingkan dengannya dan berikutan ia hampir sama dari aspek realiti - yang termasuk memberikan emel dan profil media sosial secara tidak sedar untuk mendedahkan rekod lokasi mereka. Filem ini adalah 'wake-up call' yang meneroka kemungkinan yang berlaku apabila privasi seseorang dicuri dan perlu berdepan cabaran hebat untuk mendapatkannya semula.

Emma Roberts dan Dave Franco bergandingan bersama

Gandingan pelakon berusia 25 tahun Emma Roberts dan pelakon berusia 31 tahun Dave Franco sangat seronok untuk ditonton. Keserasian yang mereka ada tidak dapat disangkal, dan elemen romantik dalam genre techno-thriller sangat jarang diterokai dengan begitu baik. Membawa watak Venus, pada permulaan watak Roberts adalah seorang remaja yang membosankan, tetapi kemudian pada pertengahan cerita watak Venus berkembang dengan menyertai permainan itu, dan dia juga membantu mengembangkan watak Dave Franco sebagai Ian yang membantu Venus untuk menghabiskan cabarannya. Kami merasakan lakonan Roberts dari filem "Scream Queens" dan Franco dari "Now You See Mee" mungkin membantu mereka dalam "Nerve".

Penulis skrip "American Horror Story"

Bagi menghasilkan filem yang bagus, faktor seram yang baru diperlukan. Justeru penerbit dan penulis skrip, Jessica Sharzer yang menulis skrip rancangan TV "American Horror Story" telah bertanggungjawab untuk menyuntik elemen tersebut dalam filem. Malah Emma Roberts juga merupakan antara pelakon yang pernah membintangi naskhahnya menerusi, "American Horror Story: Coven".

Pop-ups sosial media di dalam filem

Dalam filem "Nerve" juga menampilkan 'pop-ups' perbualan, paparan mengenai perkembangan permainan dan berkaitan dengan elemen media sosial seperti grafik peta New York pada skrin. Komunikasi yang kita biasa nampak dalam kehidupan seharian kini tolong meningkatkan kehangatan jalan cerita ini dan membolehkan penonton juga seperti terlibat dalam cabaran yang perlu dihabiskan oleh Vee dan Ian.

Penulis: Naseem Randhawa

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:
Nerve (11 Ogos 2016)
Now You See Me 2 (16 Jun 2016)
Now You See Me (30 Mei 2013)





Ticket Pricing Guide