Rencana
Tujuh pawagam baru akan dibuka pada tahun 2016


Tarikh disiarkan: 25 Januari 2016


Tujuh pawagam dijadualkan akan dibuka pada 2016.

Disebalik kemerosotan yang ditunjukkan oleh filem-filem tempatan yang mana hanya berjaya mengutip RM52.2 juta tahun lalu (dengan 80 buah filem) berbanding RM74.6 juta pada 2014 (dengan 81 buah filem), penonton masih lagi ke pawagam untuk menyaksikan filem Hollywood seperti "Fast and Furious 7" (RM66.9 juta), "Avengers: The Age of Ultron" (RM53.7 juta) dan "Jurassic World" (RM49 juta) yang menjadi antara filem yang mendapat kutipan tertinggi tahun lalu menyaksikan kutipan keseluruhan dianggarkan berjumlah sekitar RM780 juta.

Perkara ini adalah berita gembira buat pihak pawagam yang pada mulanya bimbang dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% sejak 1 April 2015 yang akan menjejaskan harga tiket. Apa-apa pun, disebalik semuanya kini semakin mahal, namun orang ramai masih menonton filem terutamnya tiga buah filem yang menjadi bualan ramai tahun lalu iaitu "Star Wars: The Force Awakens", "Polis Evo" dan "Jagat".

Malah tahun ini juga akan menyaksikan sebanyak tujuh buah filem adiwira akan ditayangkan. Jadi jika anda ingin mengelak dari pawagam, apa yang boleh katakan di sini adalah 'Semoga Berjaya'.

Dengan lapan pawagam dibuka pada tahun 2015, tahun ini akan memperlihatkan sebanyak tujuh buah pawagam lagi akan menyertai senarai 135 pawagam yang ada di seluruh negara.

Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas, MBO Cinemas dan LFS Cinemas masing-masing akan membuka dua pawagam baru, manakala rangkaian pawagam dari Korea Selatan, CGV akhirnya dijadualkan akan dibuka tahun ini!

Apabila dihubungi, pihak TGV Cinemas berkata sehingga kini mereka masih lagi dalam perancangan dan belum mempunyai maklumat terkini mengenai pawagam baru mereka yang akan dibuka pada tahun ini.


Terdapat enam pawagam dijangka akan dibuka di Semenanjung Malaysia dan satu di Timur Malaysia.

Atria, Petaling Jaya akan mempunyai 8 dewan pawagam

Pawagam dijangka akan dibina di tingkat paling atas, (Foto: TheEdgeProperty.com.my)

Pada mulanya kami mendengar ura-ura yang mengatakan banyak rangkaian pawagam akan dibuka di Atria Shopping Gallery di Petaling Jaya ini. Akhirnya, perkara tersebut disahkan yang MBO Cinemas akan membuka cawangan ke 27 mereka dengan menawarkan 8 dewan pawagam yang dijangka akan dibuka pada suku ketiga 2016.

10 dewan pawagam di Melaka

MBO Cinemas akan dibuka di Element Mall, Melaka.

Pada suku keempat 2016, MBO Cinemas akan membuka cawangan ke-28 di Element Mall, Melaka yang menawarkan 10 dewan pawagam. Ini akan menjadikan cawangan keduanya di negeri itu selepas MBO Melaka Mall. Apabila MBO Element Mall dibuka, MBO Cinemas dan GSC masing-masing akan mempunyai dua lokasi di negeri tersebut, bersama dengan LFS Mahkota Parade.

Sebuah lagi pawagam akan dibuka di Selayang

GSC akan membuka cawangannya di Selayang Star City Mall yang mana ia sudah hampir siap. (Foto: TheEdgeProperty.com.my)

Penduduk di Selayang pastinya berasa lega apabila mendapat tahu sebuah lagi pawagam akan dibuka di tempat mereka pada pertengahan 2016. GSC Selayang Star City Mall akan menjadi cawangan ke-34 GSC dengan menawarkan sebanyak 10 dewan pawagam. Selepas ini penduduk di Selayang tidak lagi perlu ke KL atau PJ kerana mereka mempunyai GSC Selayang Star City Mall dan LFS Capitol Selayang.

Pawagam terbesar di Johor dan kedua terbesar di negara

Mempunyai 16 dewan pawagam, cawangan terbaru GSC ini akan dibuka di Paradigm Mall, Johor. (Foto: Paradigm Mall, Johor)

Jika anda ingin membuat kemunculan semula, pastikan anda melakukan dengan besar sekali! Itulah yang dilakukan oleh GSC. Pada penghujung 2016, penduduk Johor (dan mungkin orang Singapura?) dapat menyaksikan pembukaan cawangan ke-35 GSC di Paradigm Mall, Johor. Pawagam yang dilaporkan menelan belanjan RM32 juta ini akan mempunyai 16 dewan pawagam yang mana mana merupakan pawagam terbesar di Johor dan kedua terbesar di negara selepas GSC Mid Valley Megamall di KL yang mempunyai 18 dewan pawagam. Ketika ini, terdapat 13 pawagam di Johor dan dengan GSC Paradigm Mall Johor, ia akan menjadikan keseluruhan pawagam di Johor sebanyak 14.

Pawagam kedua di Sandakan

Lakaran artis Harbour Mall Sandakan. (Foto Harbour Mall Sandakan)

Pada Mei 2016, selain dari Star Cineplex Sandakan, penduduk di kawasan itu akan mendapat sebuah lagi pawagam baru iaitu LFS Harbour Mall yang merupakan cawangan ke-27 LFS Cinemas dengan 7 dewan pawagam. Ia juga merupakan yang pertama untuk LFS membuka cawangan di Sabah selepas Sarawak.

Pawagam kedua dan terbesar di Terengganu

LFS akan membuka cawangan di Kuala Terengganu.

PB Sentral terletak berdekatan dengan Paya Bunga Complex di Kuala Terengganu. Tempat yang diberi nafas baru ini pastinya membuatkan penduduk setempat tidak sabar untuk menanti pembukaan pawagam baru itu yang akan menawarkan sebanyak 11 dewan pawagam pada Jun 2016. Ini adalah satu berita gembira buat penduduk di negeri itu yang mana mereka akan mempunyai banyak pilihan untuk menonton filem, berikutan sebelum ini mereka hanya boleh menonton wayang di TGV Mesra Mall yang mempunyai 5 dewan pawagam sahaja.

Rangkaian pawagam terbesar Korea Selatan buka cawangan pertama

Di dalam dewan 4DX. (Foto: CJ 4DPLEX)

Sebelum ini kami sudah banyak kali pernah menyiarkan tentang pembukaan pawagam dari rangkaian Korea Selatan CGV Cinemas di Empire City Damansara sejak 2014, tetapi akhirnya ia telah disahkan akan dibuka juga akhirnya pada tahun ini sebagai mana pusat membeli-belah itu sudah hampir siap. Apabila CGV dibuka, penonton akan ditawarkan sebanyak 20 dewan pawagam (yang mana akan menjadikannya pawagam terbesar di negara). Ia akan mempunyai dewan 4DX, dewan ScreenX dan dewan Starium.

Penulis: Naseem Randhawa

Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click HERE.