5 sebab perlu tonton "Jailbreak" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

5 sebab perlu tonton "Jailbreak"

Penulis: Florey DM


"Jailbreak" adalah filem aksi yang anda tidak boleh lepaskan untuk menonton.

Filem "Jailbreak" bakal ditayangkan pada November ini. Filem yang padat dengan adrenalin ini pasti akan menghiburkan penonton – bukan sahaja kerana padat dengan aksi, tetapi juga dengan beberapa sentuhan komedi.

Berlatarkan hampir keseluruhan di dalam penjara, ia berkisarkan tentang Playboy, seorang ketua 'lagenda' kumpulan Butterfly yang telah diiringi oleh pasukan SWAT untuk di bawa ke penjara. Tetapi perkara tidak berlaku seperti dirancang apabila ketua sebenar kumpulan Butterfly telah mengupah orang untuk membunuh Playboy yang telah menyebabkan rusuhan besar berlaku di penjara.

Diarahkan oleh pengarah dari Itali, Jimmy Henderson, ia dibintangi oleh Jean-Paul Ly, Dara Our, Tharoth Sam, Savin Phillip, Celine Tran dan Prince Sisowath Siriwudd.

Jadi sebelum anda ke pawagam untuk menonton filem "Jailbreak" 2 November ini, jom baca 5 sebab mengapa anda perlu tonton filem ini.

Ia adalah filem Asia Tenggara

Memandangkan kita ini berada di rantau Asia Tenggara, jadi kita boleh berbangga dengan adanya filem-filem 'tempatan' sendiri. Kita juga mempunyai beberapa filem aksi hebat di rantau Asia seperti "Ong Bak" (Thailand) dan "The Raid" (Indonesia), jadi filem "Jailbreak" adalah yang terbaru dalam senarai ini.

Menampilkan seni pertahan diri purba Bokator

Jika "Ong Bak" menampilkan Muay Thai dan "The Raid" dengan Pencak Silatnya, "Jailbreak" pula mempunyai Bokator. Ia adalah seni mempertahankan diri purba Khmer yang menyaksikan serangan siku dan lutut serta gerakan lain. Dianggarkan berusia lebih seribu tahun, ia kini mula banyak ditampilkan dalam filem selain turut dalam pertarungan MMA.

Pelakon utama pernah bintangi filem Hollywood

Anda mungkin tidak sedar tetapi anda mungkin sudah pernah menonton pelakon utama Jean-Paul Ly di layar lebar. Pelakon Kemboja-Perancis ini pernah tampil dalam banyak filem pecah panggung Hollywood seperti "Marvel's Doctor Strange", "Lucy" dan "24: Live Another Day". Dengan pengalaman sebagai 'stuntman' di Hollywood, bintang yang sedang menyinar ini kini diberi peluang untuk meneraju dan menampilkan aksi pertarungan hebat.

Pelakon utama wanita seorang atlet MMA

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, seni mempertahankan diri Bokator juga digunakan dalam pertarungan Mixed Martial Arts (MMA). Pelakon wanita utama Tharoth Sam merupakan bintang MMA yang terkenal dengan gaya pertarungan Bokator selepas menuntut ilmu daripada San Kim Sean yang merupakan orang penting yang bertanggungjawab 'memunculkan semula' Bokator dalam dunia moden. Jika anda hanya mengenali Tharoth sebagai Little Frog, bersedia untuk melihat sisi berbeza Tharoth dalam "Jailbreak".

Pelakon utama wanita juga pernah bekerja dengan Angelina Jolie

Bekerja dengan seseorang yang hebat pasti akan memberi motivasi kepada pelakon untuk memberikan yang terbaik dalam setiap kerja mereka. Tharoth antara yang bertuah apabila dapat bekerja dengan yang terbaik di Hollywood iaitu Angelina Jolie. Dia bakal membintangi filem terbaru arahan Angelina berjudul "First They Killed My Father" yang mana Tharoth menerima pujian daripada pengarah terhadap lakonan dan skil seni mempertahankan dirinya.

Cinema Online, 06 Okt 2017

Filem Berkaitan:
Jailbreak (Khmer) (02 Nov 2017)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan