Bintang wanita dalam "Jailbreak", Tharoth Sam | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

Bintang wanita dalam "Jailbreak", Tharoth Sam

Penulis: Florey DM


Tharoth Sam membawa watak utama wanita dalam "Jailbreak".

Dia mungkin bertubuh kecil, tetapi Tharoth Sam mempunyai bakat bukan sahaja di gelangang tetapi juga di layar perak. Lakonan pelakon ini bakal ditonton dalam filem padat dengan aksi berjudul "Jailbreak"; yang merupakan satu-satunya anggota polis wanita dalam pasukan polis yang dihantar ke misi untuk memindahkan penjenayah berbahaya ke penjara keselamatan tinggi. Apabila rusuhan tercetus di dalam penjara, karakternya yang juga menggunakan nama Tharoth, memperlihatkan kemahiran dan kekuatannya dalam menumpaskan penjenayah yang ingin membunuhnya.Jadi sebelum anda ke pawagam pada 2 November ini untuk tonton filem ini, jom kenali bintang yang sedang meningkat naik ini.

Tharoth merupakan juara MMA

Tharoth (kanan) menang dalam salah satu perlawanan MMA-nya. (Sumber foto: Sherdog).

Tharoth merupakan seorang yang dikenali dalam komuniti Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA) dengan panggilan Little Frog. Dia diperkenalkan ke dunia sukan ini oleh Chan Reach Kun Khmer, atlet MMA Kemboja-Amerika yang mendorongnya untuk bersaing secara profesional. Kemunculan Tharoth telah menjadikannya sebagai pejuang Bokator wanita pertama berjaya memasuki Liga MMA, dengan memenangi ONE FC MMA Tournament pada tahun 2014. Ketika ini wanita berusia 27 tahun ini kini berada di kedudukan ke-17 daripada 90 atlet wanita MMA di Asia Tenggara. Juara kelahiran Kemboja ini mempunyai gaya lawan Bokator yang unik, di pelajari daripada guru seni mempertahankan diri purba Khmer, San Kim Sean.

Dia bangga melihat Bokator dalam "Jailbreak"

Dia adalah pakar dalam seni mempertahankan diri purba, Bokator (Sumber foto: Ma Vie de Ninja).

Bercakap mengenai Bokator, kemahiran Tharoth dalam seni mempertahankan diri sangat mantap menerusi latihan bertahun yang diterima daripada San Kim Sean, individu yang berjaya menghidupkan semula sukan tradisional berusia 1700 tahun dari Kemboja. Kini seni mempertahankan diri itu sudah mula mendapat pengiktirafan daripada dunia dan Tharoth berbangga menjadi sebahagian daripadanya. Bukan sahaja dia memperlihatkannya di gelanggang, dia juga memperlihatkan di layar lebar yang bakal ditonton oleh penonton dalam "Jailbreak". Bukan dia seorang sahaja, tetapi seorang lagi pelakon utama Dara Our yang juga merupakan pakar dalam Bokator turut akan memperlihatkan seni mempertahankan diri purba itu ditampilkan.

Wataknya dalam "Jailbreak" hampir sama dengan watak sebenarnya

Watak Tharoth dalam "Jailbreak" menggunakan nama yang sama.

Sebelum membintangi "Jailbreak", Tharoth pernah berlakon watak kecil untuk filem-filem lain seperti "Act of Valor" (2012). Pada tahun 2017 menyaksikan dia mencipta kejayaan apabila mendapat dua watak utama iaitu filem Hollywood arahan Angelina Jolie dan satu lagi sudah semestinya "Jailbreak", yang mana dia bawa watak sebagai anggota polis yang terpaksa berjuang untuk meloloskan diri dari penjara selepas rusuhan berlaku.

Wataknya dalam filem Angelina Jolie

"First They Killed My Father" menjalani penggambaran di Kemboja.

Tharoth mempunyai pengambaran bekerja dengan barisan pelakon A di Hollywood. Bukan itu sahaja, dia juga dipuji oleh mereka. Dia yang terharu dengan pengalaman yang ditimbanya telah menulis apa yang Angelina Jolie berkata kepadanya dan menyimpannya. Bagaimana dia bertemu dengan Jolie? Mereka bertemu apabila dia membuat penampilan dalam filem Netflix Jolie berjudul "First They Killed My Father". Dia mengakui membawa watak sebagai ketua Khmer Rouge bukan senang baginya kerana watak tiada belas kasihan berbeza daripada personaliti realitinya. Walau bagaimanapun dia telah melakukan yang terbaik sehingga pengarah memuji lakonannya yang mantap.

Lakonan mula menjadi kerjaya utamanya

Master San Kim Sean dan Tharoth (Sumber foto: "Surviving Bokator's" Facebook)

Berpeluang untuk selesa beraksi di hadapan kamera menjadi batu loncatan buat juara MMA ini. Dia telah mengembara dunia ke banyak festival filem, bukan sahaja untuk mempromosikan "Jailbreak" (filem aksi yang telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Kemboja Ke-7 seminggu selepas tayangannya di pawagam, dia juga telah pergi ke Itali untuk Festival Filem Udine Far East Ke-19), tetapi juga untuk dokumentari "Surviving Bokator" oleh pembikin filem Amerika iaitu Mark J. Bochsler. Menjadi salah seorang anak murid Master San Kin Sean, sudah tentu Tharoth ditampilkan dalam dokumentari yang memberi fokus kepada guru seni mempertahankan diri itu. Bulan lalu dia berada di Festival Filem California Town Ke-5 (di mana filem Jolie juga ditayangkan) untuk bercakap mengenai dokumentari itu. Jadi selepas "Jailbreak", peminat mungkin akan kerap melihat kelibatnya di layar perak.

Cinema Online, 17 Okt 2017

Filem Berkaitan:
Jailbreak (Khmer) (02 Nov 2017)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan