Kenali bintang utama "Jailbreak", Jean Paul-Ly | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

Kenali bintang utama "Jailbreak", Jean Paul-Ly

Penulis: Ashraf Nasser


Jean-Paul Ly mencipta nama menerusi aksi lagak ngeri.

Jika sebelum ini Cinema Online pernah menyiarkan artikel mengenai pelakon wanita utama dalam filem aksi "Jailbreak", Tharoth Sam, kini giliran pelakon utama lelaki pula akan menjadi tumpuan iaitu Jean-Paul Ly yang berpengkalan di London.

Dalam filem ini dia membawa watak sebagai anggota polis pertukaran dari Perancis di mana dia akan bersama pasukan elit polis Kemboja untuk misi memindahkan penjenayah berbahaya ke sebuah penjara keselamatan tinggi. Namun apabila rusuhan tercetus di dalam penjara, dia akan memperlihatkan kemahiran dan aksi lagak ngerinya dalam menumpaskan penjenayah yang ingin membunuhnya dan juga penjenayah yang diiringinya.

Jadi sebelum anda ke pawagam pada 2 November ini untuk menonton filem padat dengan aksi ini, jom kenali pelakon lagak ngeri bertukar bintang filem.

Pelakon lagak ngeri

Mungkin ramai yang tidak kenal dengan Jean-Paul Ly, tetapi dia sebenarnya sudah memulakan kerjayanya dalam dunia seni sejak tahun 2013 lagi, tetapi bukan sebagai pelakon sebaliknya pelakon lagak ngeri. Dengan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam seni mempertahankan diri seperti Hapkido, Taekwondo, Capoeira, Karate dan Kick Boxing dan dia telah berjaya menggunakan kemahiran yang ada untuk menjadi salah seorang pelakon lagak ngeri yang handal dan telah muncul dalam banyak filem antarabangsa.

Pernah banyak kali muncul dalam filem Hollywood

Ya, anda pasti pernah menonton lakonannya cuma anda mungkin tidak menyedari kehadirannya dalam filem-filem Hollywood. Jean-Paul Ly sebenarnya pernah terlibat dengan filem Hollywood seperti "Marvel's Doctor Strange", "Lucy", "Now You See Me 2" dan banyak lagi. Berikutan kehebatan yang ditampilkan dalam filem-filem tersebut telah menarik perhatian pihak produksi Kongchak Pictures dan pengarah Jimmy Henderson untuk menawarkannya watak utama dalam filem padat dengan aksi "Jailbreak".

Wataknya dalam "Jailbreak" memperlihatkan personaliti sebenarnya

Dalam filem "Jailbreak", dia akan membawa watak menggunakan namanya iaitu Jean-Paul iaitu seorang anggota polis Perancis yang dihantar ke Kemboja untuk menyertai misi bersama pasukan polis elit Kemboja mengiringi penjenayah berbahaya ke sebuah penjara. Menerusi watak ini, Jean tidak berdepan sebarang kesukaran dalam menjayakan setiap babak aksi berikutan ia adalah kepakarannya dan ini telah membuatkan lakonannya dalam filem ini tampak cukup realisitik. Malah juga merupakan antara salah seorang koreagrafer untuk babak pertarungan.

Pernah merangkul anugerah

Selain mempunyai bakat yang cukup hebat dalam dunia lagak ngeri, Jean-Paul Ly turut mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan dan ia terbukti apabila pelakon yang berpengkalan di London ini berjaya merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Clive Dailey Award 2014 menerusi lakonannya sebagai Nick Payne dalam filem "Constellations". Selain itu dia juga pernah tercalon dua kali dalam anugerah berprestijd seperti American SAG Awards dalam kategori Outstanding Action Performance by a Stunt Ensemble menerusi filem "Marvel's Doctor Strange" dan TAURUS Awards dalam kategori Best Fight menerusi filem "Now You See Me 2".

Projek akan datang

Untuk projek akan datang, Jean-Paul Ly bakal muncul dengan dua filem aksi terbaru berjudul "Nightshooters" memegang watak sebagai Donnie dan "Amber" sebagai Chan. Selain itu, dia juga baru selesai menjalani penggambaran filem aksi "The Cleaner" arahan Sam Walker dan "Scarcity" arahan Alexandre Prod'Homme.

Cinema Online, 01 Nov 2017

Filem Berkaitan:
Jailbreak (Khmer) (02 Nov 2017)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan