Di sebalik pembikinan filem aksi "Jailbreak" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

Di sebalik pembikinan filem aksi "Jailbreak"

Penulis: Florey DM


Pengarah Jimmy Henderson dan penerbit Loy Te berharap "Jailbreak" akan menjadi pemangkin kepada industri filem Asia.

Terdapat banyak filem seperti seram, komedi dan komedi seram dalam industri filem Kemboja sehinggakan penonton di sana mula hilang minat dan mula beralih untuk menonton filem lain untuk hiburan mereka. Berikutan itu, pasukan produksi "Jailbreak" ambil keputusan untuk melakukan perubahan dengan menampilkan filem aksi.

Seperti yang diketahui menerusi judul filem "Jailbreak", ia berlatarkan lebih 90 peratus di dalam penjara, di mana rusuhan telah tercetus dan sepasukan polis yang mengiringi banduan baru perlu berjuang untuk mencari jalan keluar dengan selamat.

Diterbitkan oleh Kongchak Pictures, filem padat dengan aksi ini menampilkan barisan pelakon seperti Jean-Paul Ly, atlet seni pertahan diri Bokator, Dara Our dan atlet MMA, Tharoth Sam serta Savin Phillip, Sok Visal dan Sisowath Siriwudd dan Celine Tran.

Baru-baru ini kami telah berpeluang untuk bertemu dengan kedua-dua tulang belakang filem ini iaitu pengarah Jimmy Henderson dan penerbit Loy Te bagi berkongsi mengenai filem ini.


Mengapa "Jailbreak"? Sebab-sebab untuk hasilkan filem aksi ini...

Dengan kurangnya sokongan terhadap produksi filem tempatan, industri filem Kemboja mungkin berdepan kemerosotan, dan ini adalah perkara yang tidak mahu dilihat oleh mereka di belakang "Jailbreak" berlaku. Seperti yang disebut di atas, keadaan pasaran Asia ketika ini lebih kepada seram/komedi. Jadi dengan datangnya "Jailbreak" dengan misi untuk mencetuskan sesuatu yang baru dan berbeza daripada pembikin filem lain.

"Filem ini mendapat perhatian ramai," ujarnya Henderson, yang yakin filemnya mampu mengubah landskap pembikin filem. Dengan kecederungan ketika ini pembikin filem lebih gemar menghasilkan filem yang bergenre sama berikutan berjaya mendapat kutipan pecah panggung telah menyebabkan lambakan filem baru dengan jalan cerita yang lama. Oleh itu, Henderson berharap filem "Jailbreak" mendapat kutipan pecah panggung supaya dapat mencipta trend baru.

Loy Te selaku penerbit turut menyentuh isu tersebut dengan berkata ramai yang merungut filem tempatan sering tampil dengan genre yang sama sahaja, dan tidak ramai pembikin filem yang sanggup melakukan sesuatu berbeza dan mengambil risiko, sekaligus menjadi penyumbang kepada kemerosotan industri filem. Dengan adanya "Jailbreak" ini penerbit ini berharap dapat memulakan sesuatu yang baru dan segar sekaligus merevolusikan industri filem Asia.


Kolaborasi Malaysia – satu usaha ke arah antarabangsa

Jadi bagaimana mereka mencari simentri? Ini merupakan di mana banyak pihak yang terlibat menjadi penting. Seperti Henderson berkata, "Ia adalah filem Kemboja dengan sentuhan antarabangsa". Melakukan penggambaran di Kemboja, disokong oleh syarikat Kemboja, tetapi ia membabitkan pengarah Itali, komposer Itali, komposer Thailand, barisan pelakon Khmer dan Perancis dan pos produksi daripada Malaysia.

Sentuhan tempatan dengan elemen antarabangsa. Antara salah satu sentuhan tempatan yang disuntik dalam filem ini adalah Bokator iaitu seni mempertahankan diri Khmer yang menjadi tunjang dalam filem ini, sekaligus menonjolkan seni mempertahankan diri purba Kemboja kepada orang luar.

Sementara itu, komponen antarabangsa datang dari segi penceritaan, pembikinan dan sentuhan terakhir. Filem padat dengan aksi ini tidak seperti yang dilihat di skrin tempatan. Untuk mendapatkan kualiti yang terbaik, pengarah dan penerbit sanggup terbang ke Kuala Lumpur untuk mencuba dan memaksimakan potensi dengan menggunakan kemudahan di Malaysia iaitu di Basecamp Films (digital colour grading dan kemudahan mastering) dan Imaginex Studios (muzik, rekaan bunyi dan studio mixing) bekerjasama untuk melakukan sentuhan akhir kepada filem.

Jelas Pengarah Urusan Basecamp Films, Scott Inglis, kesemua audio dilakukan oleh Imaginex. Mixing terakhir untuk lagu dibuat di bilik sinema Basecamp THX, yang merupakan satu-satunya fasiliti THX di Malaysia dan hanya beberapa di Asia Tenggara.

"Jailbreak" merupakan filem Khmer pertama dibuat oleh Basecamp. Bagaimanapun mereka bukanlah pendatang baru dalam industri filem sebaliknya pernah bekerjasama untuk pos-produksi filem besar seperti Skop Production, Primeworks Studios, Astro Shaw dan Asia Tropical Films.

Dengan kolaborasi ini produksi "Jailbreak" berharap kolaborasi antara dua negara akan menjadi trend kerana ia akan meluaskan lagi pasaran filem yang mana sekiranya ia tidak mendapat sambutan dalam negara sendiri, ia berpeluang untuk mencipta kejayaan di negara luar. Sesebuah filem perlu menghasilkan sebuah naskhah yang lebih terbuka sekaligus dapat mensasarkan penontonyang lebih besar. Ketika ini masalah yang dihadapi di sana adalah ada beberapa filem tempatan berjaya mendapat kutipan pecah panggung, namun gagal apabila ditayangkan di luar negara. Oleh itu, pengarah "Jailbreak" mahu menekankan mengenai kualiti filem untuk pembikin filem akan datang.

Cinema Online, 01 Okt 2017

Filem Berkaitan:
Jailbreak (Khmer) (02 Nov 2017)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan