Rencana
5 sebab "War For The Planet Of The Apes" bakal jadi filem epik!


Tarikh disiarkan: 11 Julai 2017


Jom baca sebab-sebab mengapa anda perlu tonton file mini.

Filem 'reboot' dari francais "Planet Of The Apes" sememangnya merupakan salah sebuah filem 'remake' paling berjaya bermula dari "Rise Of The Planet Of The Apes" (2011) dan "Dawn Of The Planet Of The Apes" (2014) yang mana kedua-dua filem ini telah mendapat pujian daripada pengkritik filem selain berjaya mendapat kutipan box office di seluruh dunia.

Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 2017, filem "War For The Planet Of The Apes" dijangka bakal menakluki kutikan box office Julai ini dan kami merasakan ia adalah sebuah filem yang patut anda tonton.

Memandangkan ramai yang tidak sabar untuk menunggu tayangannya, di sini kami senaraikan 5 sebab mengapa "War For The Planet Of The Apes" bakal menjadi salah sebuah filem terhebat tahun ini.

1. Kerana ia diarahkan oleh Matt Reeves

Matt Reeves kembali sebagai pengarah untuk kali kedua dalam "War For The Planet Of The Apes".

Pada tahun 2014, Matt Reeves telah berjaya menggarap sekuel "Dawn Of The Planet Of The Apes" dengan hebat berbanding filem pertama "Rise Of The Planet Of The Apes" arahan Rupert Wyatt. Kini, untuk filem terbaru "War For The Planet Of The Apes" pengarah sama kekal duduk di bangku pengarah. Apa yang membuatkan Reeves merupakan salah seorang pengarah Hollywood terhebat ketika ini adalah bagaimana cara dia mengendalikan produksi berskala besar. Dia memahami elemen asas untuk menghasilkan sebuah naskhah hebat adalah jalan cerita dan karakter yang mampu menarik perhatian penonton. Ia dapat di lihat dalam filem "Dawn Of The Planet Of The Apes" yang mana Reeves memaparkan tentang apa yang terjadi dalam masyarakat kini; daripada tema anti-senjata kepada perbezaan kaum (dalam kes ini, apes dan tentera manusia). Jadi anda pasti boleh harapkan Reeves akan menerapkan elemen sama dalam filem terbarunya.

2. Ini merupakan kisah terakhir Caesar

Kisah Caesar (Andy Serkis) akan berakhir dalam "War For The Planet Of The Apes".

Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan dua filem pertama "Planet Of The Apes" 'reboot' adalah penghayatan watak Caesar yang menggunakan suara dan 'motion-captured' oleh Andy Serkis. Perjalanan Caesar daripada seekor beruk bijak berdepan kekejaman oleh manusia dalam "Rise Of The Planet Of The Apes" kepada lebih matang apabila dia mengetuai komunitinya dalam "Dawn Of The Planet Of The Apes", kisahnya dipaparkan dengan begitu baik sekali. Kini, dengan "War For The Planet Of The Apes" yang bakal berakhir dengan takdir Caesar bergantung kepada perang dengan manusia untuk terus hidup, dan filem ketiga ini dikatakan bakal menjadi paling emosi.

3. Woody Harrelson bawa watak antagonis

Woody Harrelson membawa watak seorang Kolonel kejam dalam "War For The Planet Of The Apes".

Filem aksi sci-fi blockbuster "War For The Planet Of The Apes" tidak akan menjadi sebuah filem hebat tanpa watak antagonis. Nampaknya pengarah menemui pelakon yang sesuai untuk galas watak tersebut dan dia adalah Woody Harrelson yang akan membawa watak sebagai seorang Kolonel kejam yang memimpin tenteranya untuk menghapuskan beruk-beruk. Seperti yang dilihat dalam treler, watak yang dipaparkan Harrelson dilihat seperti mengambil inspirasi dari watak Marlon Brando sebagai Kolonel Kurtz dalam filem "Apocalypse Now" (1979). Jika dia berjaya menghayati tersebut dengan baik, ia akan menjadi salah satu watak penting dalam filem ini.

4. Kesan khas yang menakjubkan

Sebelum dan selepas – Bagaimana persembahan Andy Serkis sebagai Caesar dalam
"War For The Planet Of The Apes" bertukar kepada beruk menggunakan CGI.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada kejayaan dua filem sebelum ini adalah kesan khas yang ditampilkan dalam "Rise Of The Planet Of The Apes" dan "Dawn Of The Planet Of The Apes". Kejayaan itu disumbang oleh sebuah syarikat kesan khas visual berpengkalan di New Zealdn iaitu Weta Digital. Teknologi 'motion-capture' telah membantu membuatkan CGI beruk seperti 'real' yang belum pernah dibuat sebelum ini. Jadi untuk filem ketiga ini, penonton pasti akan disajikan dengan kesan khas yang lebih hebat.

5. Ulasan awal yang sangat positif

Salah satu babak dalam "War For The Planet Of The Apes".

Walaupun "Rise Of The Planet Of The Apes" dan "Dawn Of The Planet Of The Apes" ada sedikit kekurangan, kedua-dua tidak dapat dinafikan filem yang hebat dan mendapat kritikan positif daripada pengulas filem. Untuk filem ketiga "War For The Planet Of The Apes" juga tidak mengecewakan apabila rata-rata ulasan awal memberikan pujian dan mengatakan ia adalah filem lebih hebat dari dua buah filem sebelum ini.

Penulis: Casey Chong

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide