Lima foto Instagram Aditya Roy Kapur paling memukau peminat | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

Lima foto Instagram Aditya Roy Kapur paling memukau peminat

Penulis: Nisa Irina

Aditya Roy Kapur sentiasa kelihatan bergaya dalam filem dan di media sosial.
Aditya Roy Kapur sentiasa kelihatan bergaya dalam filem dan di media sosial.

Aktor Bollywood Aditya Roy Kapur adalah antara bintang baru paling terkenal dalam industri perfileman itu selepas berjaya mengecap populariti menerusi filem "Aashiqui 2" (2013). Kini hampir dua dekad bergelar aktor, Aditya telah pun membintangi lebih 10 buah filem serta merangkul pelbagai anugerah berprestij.

Namun bukan bakat lakonannya sahaja yang sering menjadi tumpuan ramai, malah personaliti, penampilan serta fizikalnya yang tegap juga mampu membuatkan ramai peminat jatuh hati. Ternyata tidak sia-sia segala rutin kecergasan serta diet seimbang yang dipraktikkannya selama ini.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Aditya yang ke-35 pada 16 November, kami ingin senaraikan lima foto Instagram miliknya yang berjaya memukau mata ramai!

Kurta bergaya

Dengan wajah tampan dan tubuh tegap, pasti Aditya mampu mengenakan pelbagai jenis gaya fesyen moden mahupun tradisional. Contohnya seperti sesi bergambar bagi majalah Exhibit, di mana Aditya kelihatan santai berkurta dan menikmati angin laut.

Sesi bergambar jam tangan berjenama

Pada November 2019, Aditya telah diangkat sebagai duta jenama jam tangan terkenal, Diesel bagi kempen Holiday 2019. Secara tidak langsung, ia menandakan Aditya sebagai selebriti pertama yang menjadi duta jam tangan di India. Sesi bergambar Aditya mengenakan jam tangan Diesel sudah cukup untuk menampilkan sisi model dalam dirinya.

Swafoto cermin

Pertama kali Aditya berkongsikan foto tubuh tegapnya adalah menerusi swafoto cermin yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Februari 2019. Memang boleh dijangka bahawa sekeping foto itu sahaja mampu membuatkan para peminat tidak senang duduk!

Fotografi Avinash Gowariker

Ternyata bukan sekali itu sahaja Aditya berkongsi foto tidak berbaju di media sosial. Menerusi sesi fotografi bersama jurugambar selebriti terkenal, Avinash Gowariker, Aditya menayangkan foto tidak berbaju separa dadanya.

Foto filem "Malang"

Antara foto paling mencuri tumpuan di Instagram Aditya adalah poster serta foto-foto promosi filem "Malang" arahan Mohit Suri, yang menyaksikan gandingan Aditya bersama aktres Disha Patani. Tentunya peminat teruja dengan penampilannya yang ala-ala karakter Wolverine. Aditya dihujani dengan pujian ramai atas transformasi penampilannya yang luar biasa itu.

Cinema Online, 22 Nov 2020

Waktu Tayangan