Selebriti Malaysia yang popular di TikTok | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

Selebriti Malaysia yang popular di TikTok

Penulis: Nisa Irina

Solekan natural kini lebih menjadi tumpuan golongan wanita, termasuk selebriti!
Video TikTok selebriti manakah yang paling menghiburkan anda?

Mungkin dahulu ramai yang mengecam pengguna aplikasi TikTok gara-gara kandungannya yang tidak berfaedah dan lebih kepada video-video tarian semata-mata. Walau bagaimanapun, semakin ramai generasi muda yang membuktikan bahawa penggunaan TikTok dapat divariasikan dengan pelbagai kandungan menarik, termasuk berkongsi tips gaya hidup, teknologi dan resepi masakan.

Tidak dinafikan, ramai di antara pengguna TikTok kini sudah bergelar selebriti media sosial. Selebriti-selebriti terkenal juga tidak terkecuali ya! Bukan di luar negara sahaja, bahkan di Malaysia juga sudah ramai selebriti terkenal yang menghiburkan peminat dan pengikut mereka di aplikasi TikTok dengan kandungan-kandungan menarik. Di sinilah idea dan kreativiti masing-masing terserlah!

Kali ini kami ingin senaraikan antara selebriti Malaysia paling popular yang sudah pun mempunyai akaun TikTok sendiri. Jom tonton kreativiti mereka dalam ber-TikTok!

Dato' Sri Siti Nurhaliza
@toktitiktok

ibu & aafiyah buat jugak 😅 wipe it down challenge ! boleh la yee

♬ original sound - Siti Nurhaliza Tarud

Tak sangka penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza juga 'sporting' ya untuk ber-TikTok! Biarpun pada mulanya suntingan video untuk cabaran 'Wipe It Down' yang dihasilkan Siti, atau lebih mesra disapa Tok Ti, tidak begitu menjadi, namun lucunya warganet memaafkan dan menerima cara suntingannya, bahkan ada juga yang menyalahkan cermin dan aplikasi TikTok itu sendiri! Video yang mencecah hampir sejuta tontonan itu turut menampilkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah.

Yuna Zarai
@yunamusic

ever wonder who lives upstairs?##levelupchallenge

♬ Level Up - Ciara

Selebriti yang mengharumkan nama Malaysia di negara Barat, Yuna, juga tidak terlepas peluang untuk mendaftar akaun TikToknya sendiri. Walaupun tidak menetap di Malaysia, namun Yuna lebih selesa mengkuarantinkan diri di rumah. Bayangkan dengan hanya memuat naik video sedang membersihkan rumah, jumlah tontonannya mencecah setengah juta! Ianya kerana elemen kreatif Yuna berfesyen walaupun di rumah. Selain itu, video TikTok Yuna yang paling mencuri perhatian adalah cabaran 'Level Up'.

Amber Chia
@amberchia9

##StayHome Fashion show at home. Catwalk on the Treadmill.  😎 ##OOTDs ##iwearlovebonito ##lockdown ##StaySafe ##fashionshow ##fashion ##gintell

♬ Lip Gloss - Main Version - Lil Mama

Jika sudah bergelar 'supermodel', sudah tentulah kandungan media sosial Amber Chia penuh dengan fesyen, termasuk di TikTok! Amber bukan sahaja rajin ber-'catwalk' dalam video-videonya, tetapi juga bergimnas, menari dan berkongsi tips senaman serta gaya hidup sihat. Buat sesiapa yang ingin belajar cara 'catwalk' dengan betul, rajin-rajinlah jenguk akaun TikTok Amber ya!

Dr Sheikh Muszaphar
@drsheikhkids

 

♬ Kimi No Toriko - Rizky Ayuba

Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor sememangnya terkenal dengan sikapnya yang penyayang, terutamanya terhadap isteri dan anak-anak. Maka tidak hairanlah jika dia sanggup melayan keletah comel anak-anaknya yang gemar menari dan bermain 'filter' di TikTok. Walaupun akaunnya baru dicipta pada awal September lalu, namun ia berjaya meraih perhatian ramai memandangkan Dr Sheikh juga rajin berkongsi video-video TikToknya di Instagram.

Nora Danish
@noradanishhanif

Dei!!! Listen! 🥰

♬ Cute by Harith Zazman - zalfa nak mcd

Katanya dulu dirinya pun tidak suka aplikasi TikTok. Tanpa disangka, kini Nora Danish adalah antara selebriti paling aktif di TikTok, di mana bakat menarinya terserlah sejak mulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, ketika Nora dijemput sebagai pengacara di program MeleTOP baru-baru ini, dia sempat ber-TikTok dengan Dato' Sri Siti Nurhaliza. Patutlah orang ramai menggelar Nora 'Queen of TikTok' di Malaysia!

Daiyan Trisha
@daiyantrisha22

had to do it 🥺

♬ Stunnin' (feat. Harm Franklin) - Curtis Waters

Penyanyi dan pelakon cantik manis Daiyan Trisha sentiasa mencetus inspirasi kepada gadis-gadis muda bukan hanya dari segi artistik, tetapi juga gaya hidup. Pada awalnya Daiyan enggan mencipta akaun TikTok, namun dia kalah juga akhirnya. Mengikut perkembangan semasa, Daiyan tidak terlepas untuk mencuba cabaran TikTok. Antara video TikTok Daiyan yang paling ramai tontonannya adalah gaya sebagai watak-watak Kdrama popular. Sangat 'classy'!

Aeril Zafrel
@aerilzafrel8

Day 1 quarantine

♬ Then , what do u have ? - kate hardman

Boleh dikatakan hampir semua video TikTok pelakon Aeril Zafrel sentiasa meraih perhatian ramai kerana kandungannya yang melucukan dan mencuit hati. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Aeril banyak mengisi masa lapang dengan menghasilkan video-video TikTok bersama anak perempuannya, Hayla, yang seperti tidak jemu melayan bapanya.

Wawa Zainal
@wawazainal92

##fyb 🤣

♬ original sound - Bhavin Bhanushali

Tambah lucu apabila Aeril menggelar dirinya Presiden TikTok. Malah, isteri Aeril yang juga pelakon dan usahawan jelita, Wawa Zainal pun dah ada akaun TikTok sendiri! Kalau pasangan romantik ini dah ber-TikTok, memang menari Hindustanlah jawabnya.

Upin dan Ipin
@upinipin.official

Jom joget ##upinipin ##merdeka ##jogetmalaysia

♬ original sound - Upin & Ipin Official

Bukan selebriti sebenar sahaja yang popular di TikTok, malah karakter animasi paling terkenal di Malaysia iaitu Upin dan Ipin juga ada akaun TikTok mereka sendiri! Selain video-video keletah Upin, Ipin, Kak Ros dan rakan-rakan mereka, Upin dan Ipin juga mencipta pelbagai cabaran buat para peminat seperti tarian "Goyang Upin & Ipin", "Joget Upin & Ipin" dan lakonan "Duet Upin & Ipin". Kini akaun TikTok Upin dan Ipin mempunyai lebih dua juta pengikut!

Cinema Online, 10 Okt 2020

Waktu Tayangan