Apa yang anda perlu tahu tentang "Naagin 5" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

Apa yang anda perlu tahu tentang "Naagin 5"

Penulis: Nisa Irina

Siapakah aktres yang akan menjadi ular jadian cantik dalam "Naagin 5"?
Siapakah aktres yang akan menjadi ular jadian cantik dalam "Naagin 5"?

"Naagin" merupakan sebuah siri televisyen bergenre thriller fantasi 'supernatural' yang menjadi kegemaran ramai sehingga kini. Ia diterbitkan oleh Ekta Kapoor di bawah syarikat produksinya Balaji Telefilms dan musim pertamanya mula disiarkan pada November 2015. Siri ini menceritakan kehidupan seorang gadis cantik jelmaan ular yang mahu membalas dendam atas kematian ibu bapanya, serta melawan kuasa-kuasa jahat yang lain bagi melindungi sumber kuasa 'naagmani'.

Musim berganti musim dan para peminat masih setia menonton siri ini sehingga ia menjadi salah satu siri televisyen India dengan penarafan paling tinggi. Siri ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mouni Roy, Arjun Bijlani, Adaa Khan dan Sudha Chandran.

Seperti sedia maklum, "Naagin" musim keempat sudah pun hampir ke penghujungnya dengan hanya beberapa episod sahaja lagi, tetapi Ekta telah membangkitkan keterujaan para peminat dengan mengumumkan pembikinan "Naagin 5"! Sejak itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai

Kesinambungan dari episod terakhir "Naagin 4"

"Naagin 5" bakal ditayangkan sebaik sahaja episod terakhir "Naagin: Bhagya Ka Zehreela Khel" ditayangkan. Ia kini hanya berbaki empat episod terakhir. Kerja-kerja produksi dan skrip untuk "Naagin 5" telah pun bermula, sementara Ekta dan kumpulan produksinya sedang menghasilkan plot dan mencari barisan pelakon. Malah pengarah kreatif siri itu, Mukta Dhond, telah berkongsikan poster gambaran pertama di laman Instagram baru-baru ini dan ia sudah pun tular di Internet. Poster itu menampilkan seorang wanita berdiri menghadap sebuah kuil tetapi wajahnya disembunyikan.

Siapakah pelakon wanita yang akan menerajui "Naagin 5"?

Sejak Ekta mengumumkan pembikinan "Naagin 5", orang ramai sudah mula membuat spekulasi tentang para pelakon yang akan membintangi siri tersebut. Salah satunya adalah Mahek Chalal, namun aktres itu tampil di laman Instagram dan menafikan bahawa pihak produksi tidak pernah menawarkannya untuk terlibat dalam "Naagin 5". Sama juga seperti Divyanka Tripathi yang tampil di laman Twitter menyatakan berita mengenai dia akan terlibat dengan "Naagin 5" adalah berita palsu.

Antara pelakon lain yang dicadangkan oleh orang ramai ialah Hina Khan, Kratika Sengar, Surbhi Chandna, Puja Banerjee dan Sanjeeda Shaikh. Laporan ada juga menyatakan bahawa Ekta berkeinginan untuk bekerjasama dengan aktres televisyen kegemaran ramai iaitu Dipika Kakar, tetapi sebarang pengesahan masih belum dibuat oleh pihak produksi buat masa ini, jadi nantikan!

Bagaimana pula dengan pelakon lelaki?

Bercakap mengenai pelakon lelaki pula, dua nama peserta program Bigg Boss 13 iaitu Asim Riaz dan Paras Chhabra mula tular di Internet kerana dikatakan menjadi pilihan penerbit untuk membintangi siri tersebut. Walau bagaimanapun, buat masa ini hanya Asim sahaja yang tampil menafikan berita itu, sementara Paras masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Selain Asim dan Paras, spekulasi turut mengatakan bahawa aktor siri drama "Beyhadh 2", Shivin Narang, telah ditawarkan untuk menjadi peneraju lelaki utama "Naagin 5". Sama juga, masih belum ada pengesahan daripada Shivin mahupun pihak penerbit. Pasti ramai peminat yang teruja dan tertanya-tanya siapakah yang akan ditampilkan dalam "Naagin" musim terbaru ini.

Cinema Online, 05 Jul 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan