13 Filem menarik untuk ditonton pada Festival Filem Jepun 2016 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

13 Filem menarik untuk ditonton pada Festival Filem Jepun 2016

Penulis: Casey Chong

Untuk peminat filem-filem Jepun, September ini adalah masa Festival Filem Jepun (JFF) kembali. Ia merupakan edisi ke-13 di Malaysia, dan beberapa buah filem menarik telah dipilih dengan tidak sebuah pun filem yang ditayangkan sebelum 2015. Bukan sahaja anda mendapat pilihan yang terbaru yang ditayangkan di pawagam Jepun, tetapi anda juga bakal menonton beberapa buah filem 2016 yang hanya pernah ditayangkan di Jepun sahaja. Dengan JFF yang membuka tirai di Lembah Klang pada 8 September sebelum ke Pulau Pinang, Kuching dan akhir sekali di Kota Kinabalu, pastinya ada sudah kosongkan jadual anda untuk menyaksikan 13 buah filem ini di pawagam.

After the Storm



Seorang penulis pemenang anugerah Ryota sudah meninggalkan kerjayanya dan kini menyara hidup dengan menjadi penyiasat persendirian yang mempertaruhkan hidupnya sehingga dia tidak mampu memberi nafkah anaknya kepada bekas isterinya. Dia telah menghubungi bekas isterinya dan ibunya selepas bapanya meninggal dunia. Hidup Ryota bermakna kerana dia kini hanya mempunyai anaknya sebagai keluarga, dan dia juga ingin mengeratkan hubungan untuk kali terakhir.

Ditayangkan di Cannes bagi kategori Un Certain Regard, ia adalah sebuah naskhah dari Hirokazu Koreeda wajib tonton pada JFF kali ini. Dengan dibintangi oleh Hiroshi Abe sebagai bapa tidak berguna, "Like Father, Like Son", Yoko Maki cuba membina hidup sebagai ibu tunggal dan pelakon veteran Kirin Kiki (nama yang anda akan ingati sepanjang JFF kali ini) dengan watak sebagai nenek.
An



Sentaro seorang pemilik kedai doriyaki yang tidak gembira apabila kedainya bergelut dengan masalah kewangan. Apabila seorang perempuan berusia 70 tahun meminta kerja selepas melihat iklan pembantu di kedainya, dia mengambil wanita itu walaupun dengan rasa kurang selesa. Selepas menyaksikan Tokue memperlihatkan memasak 'red bean' untuk digunakan sebagai isi doriyaki, perniagaan Sentaro mula berubah menjadi maju, tetapi khabar angin mengatakan masa lampau Tokue dan tangan cacatnya akan menjejaskan perniagaannya.

Pengarah Naomi Kawase mengadaptasi filem ini dari novel nukilan Durian Sukegawa mengenai pesakit kusta yang masih selamat di Jepun selepas mereka dibenarkan keluar dari sanatoriums pada 1996. Ia adalah sebuah lagi filem Jepun yang ditayangkan di Cannes dalam kategori Un Certain Regard pada tahun 2015.
Bakuman



Apabila Akito Takagi terjumpa buku lukisan Moritaka Mashiro, Akiro telah mencadangkan kepada Moritaka yang mereka perlu berkolaborasi dalam menghasilkan manga untuk majalah Weekly Shounen Jump. Apabila buah hati Moritaka juga mendedahkan rancangan untuk menjadi pelakon suara, Moritaka mahu mengahwininya dan mahu menjadi artis manga berjaya bersama Akito.

Diadaptasi dari manga dan siri anime hit oleh Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata, "Bakuman" adalah sebuah cerita yang akan menarik minat mereka yang ingin tahu tentang kerja di belakang tabir sebagai artis manga dan dedikasi serta pengorbanan yang perlu dilakukan. Diarahkan oleh Hitoshi One, ia diterajui oleh Takeru Satoh dan Ryunosuke Kamiki.
Previous 1 2 3 4 Next 
Cinema Online, 09 Sept 2016

Filem Berkaitan:
What A Wonderful Family! (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
Chihayafuru Part 1 (JFF) (Jepun) (06 Sept 2018)
After The Storm (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
Bakuman (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
Desperate Sunflowers (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
My Love Story (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
Flying Colors (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
The Mohican Comes Home (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
Creepy (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
An (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
The Boy And The Beast (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
The Magnificent Nine (JFF) (Jepun) (08 Sept 2016)
Chihayafuru Part 2 (JFF) (Jepun) (06 Sept 2018)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan