Galeri
Gambar-gambar di sekitar filem "Pekak"


Tarikh disiarkan: 30 Ogos 2016

"Pekak" adalah filem sulung arahan pengarah muda berbakat besar, Mohd Khairul Azri yang berani memaparkan kisah realiti, iaitu masalah sosial yang berlaku di sekeliling kita. Ia mengisahkan tentang Uda, seorang pemuda cacat pendengaran melakukan kerja haram sebagai pengedar dadah bagi menampung kos pembedahan bagi memulihkan pendengarannya. Dia kemudian telah bertemu dengan Dara, seorang pelajar bermasalah yang mahu melarikan diri daripada kongkongan ayahnya. "Pekak" dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Iedil Putra dan ramai lagi.


Pengarah Khairul Azri berkata sesuatu kepada Sharifah Amani ketika penggambaran "Pekak".


Salah satu babak lucu dalam "Pekak" apabila Uda tidak sedar apabila
kafe siber diserbu oleh pihak polis.


Penyanyi rap terkenal Joe Flizzow turut berlakon dalam filem "Pekak" sebagai tokan dadah.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Pekak (Melayu) (1 September 2016)





Ticket Pricing Guide