Galeri
Gambar-gambar di sekitar filem "Pekak"


Tarikh disiarkan: 30 Ogos 2016

"Pekak" adalah filem sulung arahan pengarah muda berbakat besar, Mohd Khairul Azri yang berani memaparkan kisah realiti, iaitu masalah sosial yang berlaku di sekeliling kita. Ia mengisahkan tentang Uda, seorang pemuda cacat pendengaran melakukan kerja haram sebagai pengedar dadah bagi menampung kos pembedahan bagi memulihkan pendengarannya. Dia kemudian telah bertemu dengan Dara, seorang pelajar bermasalah yang mahu melarikan diri daripada kongkongan ayahnya. "Pekak" dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Iedil Putra dan ramai lagi.


Amerul Affendi sebagai Azman Picaso, seorang penagih dadah 'ice' tegar.


Iedil Putra sebagai Kamil, saudara kepada Azman Picaso sanggup membuat apa sahaja
demi mendapatkan Dara.


Sharifah Amani dan Sharifah Sakinah sebagai Dara dan Melur, pelajar bermasalah dan mencari
perhatian dengan terjebak dengan gejala sosial.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Pekak (Melayu) (1 September 2016)





Ticket Pricing Guide