Galeri
"Temuan Takdir" garapan sulung Dhyan Vimal


Tarikh disiarkan: 25 Julai 2016

Anda seorang peminat filem kepolisan? Jika ya jawapan anda, filem "Temuan Takdir" ini adalah filem wajib anda tonton. Diarahkan oleh Dhyan Vimal, karya sulungnya ini dicetuskan menerusi "Project Dignity" yang mana beliau memberi peluang kepada mereka yang ingin menceburi bidang perfileman ini terlibat dalam penggambaran dengan bantuan tenaga profesional. Ia mengisahkan tentang dua pegawai polis adik-beradik dalam misi memburu dalang di sebalik rompakan sebuah van keselamatan. Ia dibintangi oleh barisan muka baru dan lama seperti Ery Zukhairi, Amai Kamaruddin, Azura Zainal, Dato' Zahim Albakri, Thanuja Ananthan dan ramai lagi.


Bekas ratu cantik Malaysia, Thanuja Ananthan turut membintangi membawa
watak sebagai dirinya sendiri.


Setelah lama tidak muncul di layar perak, Vanidah Imran kembali
menerusi filem "Temuan Takdir".


Ery Zukhairi dan Azura Zainal bawa watak sebagai pasangan kekasih.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Temuan Takdir (Melayu) (11 Ogos 2016)