Galeri
TSR Cinemax pusat hiburan untuk seisi keluarga


Tarikh disiarkan: 2 Disember 2016

Baru-baru ini pawagam terbaru TSR Cinemax telah pun dibuka secara rasminya yang mana ia terletak di IRDKL Mall, Shah Alam. Menariknya mengenai pawagam baru ini adalah anda bukan sahaja boleh menonton wayang sahaja, tetapi boleh melakukan pelbagai aktiviti hiburan lain bersama seisi keluarga termasuk permainan arked, dart, pool dan juga 'food court'. Oleh itu, TSR Cinemax bukan sahaja hiburan filem semata-mata, ia sebaliknya pusat hiburan untuk seisi keluarga untuk semua lapisan umur. Pawagam TSR Cinemax juga dilengkapi dengan teknologi terkini dan mempunyai tiga kelas panggung iaitu Royal, Grand dan Premier. Jadi sebelum anda merancang membawa keluarga ke sana, apa kata lihat dahulu foto-foto di IRDKL Mall.


Kaunter tiket TSR Cinemax.


Pelbagai jenis makanan ringan termasuk makanan ringan wajib popcorn ditawarkan
kepada pengunjung.


Pintu masuk ke panggung menggunakan teknologi yang mana penonton hanya perlu
mengimbas tiket untuk masuk.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 4 5 Seterusnya 
Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.