Galeri
"KL Wangan" bakal cetus fenomena baru!


Tarikh disiarkan: 29 Oktober 2017

Rasanya ramai sudah tidak sabar lagi mahu menonton filem aksi kereta terbaru "KL Wangan" arahan pengarah berbakat besar, Pekin Ibrahim ditayangkan di pawagam nanti. Sekiranya tiada aral melintang filem kedua Pekin dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun ini iaitu pada bulan Disember ini. Ia menampilkan barisan pelakon yang cukup hebat seperti Pekin sendiri, Faizal Hussein, Emily Lim, Kazuto Soon, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Jadi jom lihat foto-foto menarik di sebalik pembikinan filem yang menelan belanja besar ini!


Filem "KL Wangan" merupakan satu-satunya filem tempatan yang mendapat penajaan
daripada syarikat antarabangsa iaitu Volkswagen Malaysia.


Salah satu babak dalam "KL Wangan".


Selain kereta sports Volkswagen, pelbagai kereta sports lain turut akan ditampilkan dalam
filem yang padat dengan aksi ini. (Sumber foto: Facebook KL Wangan)

Sebelum 1 2 3 Seterusnya 
Penulis: Ashraf Nasser