Galeri
Aaron Aziz kembali dengan filem aksi "Operasi X"


Tarikh disiarkan: 27 Oktober 2018

Setelah sekian lama, pelakon Dato' Aaron Aziz kembali muncul dengan filem aksi terbaru berjudul "Operasi X" yang bakal menemui penonton pada 1 November depan. Filem kepolisan ini berkisarkan tentang ASP Redzuan yang sudah hilang kepercayaan dengan pegawai polis lain selepas kematian rakan baiknya yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis sendiri. Dia kemudian menghilangkan diri dan tinggal di sebuah pulau terpencil. Namun pegawai atasannya Dato' Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman, dapat menjejakinya dan memberi tugasan kepadanya untuk mengetuai satu operasi khas yang diberi nama Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut yang merupakan Raja Menyeludup. Filem arahan Sandosh Kesavan ini juga dibintangi pelakon hebat tanah air seperti Dato' Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Amerul Affendi, Hairul Azreen, Nashra dan ramai lagi. Jadi sebelum anda ke pawagam menonton filem ini, jom lihat foto menarik "Operasi X".


Aaron Aziz bawa watak sebagai ASP Redzuan.


Amerul Affendi kembali dengan watak jahat sebagai Mat Bong.


Jika sebelum ini Dato' Awie sering bawa watak sebagai hero, kini dia tampil berbeza dengan
membawa watak sebagai ketua penjahat a.k.a Raja Menyeludup.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 Seterusnya 
Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Operasi X (Melayu) (1 November 2018)