Galeri
Foto disebalik pembikinan filem aksi "Wira"


Tarikh disiarkan: 18 Mei 2019

Selepas kejayaan filem "Paskal The Movie", pengarahnya Adrian Teh bakal kembali berkolaborasi dengan Hairul Azreen untuk filem aksi terbaru mereka berjudul "Wira". Mengekalkan genre aksi, filem baru ini bagaimanapun menampilkan jalan cerita yang ringan tetapi padat dengan aksi. Berkisarkan mengenai seorang bekas tentera yang kini perlu menyelamatkan keluarganya daripada ancaman seorang penjahat. Selain Hairul, filem ini turut dibintangi pelakon hebat Malaysia dan Indonesia seperti Fify Azmi, Dain Said, Josiah Hogan, Yayan Ruhian, Henley Hii dan ramai lagi. "Wira" dijangka akan menemui penonton pada hujung tahun ini. Jadi sebelum itu, jom lihat foto menarik di sebalik pembikinan filem ini.


Selepas pulang ke keluarganya, Hassan mula mendapat tahu masalah yang menimpa keluarganya dan cuba menyelesaikan dengan segera.


Hassan (Hairul) bersama adiknya Zain (Fify Azmi) bersiap sedia untuk menyelesaikan segala masalah yang menimpa keluarga mereka.


Pelakon dan pengarah tersohor tanah air, Dain Said turut membintangi filem "Wira" sebagai watak antagonis Raja.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 Seterusnya 
Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:
Wira (Melayu) (Undated)