Foto disebalik pembikinan filem aksi "Wira" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Foto disebalik pembikinan filem aksi "Wira"

Penulis: Nisa Irina

Selepas kejayaan filem "Paskal The Movie", pengarahnya Adrian Teh bakal kembali berkolaborasi dengan Hairul Azreen untuk filem aksi terbaru mereka berjudul "Wira". Mengekalkan genre aksi, filem baru ini bagaimanapun menampilkan jalan cerita yang ringan tetapi padat dengan aksi. Berkisarkan mengenai seorang bekas tentera yang kini perlu menyelamatkan keluarganya daripada ancaman seorang penjahat. Selain Hairul, filem ini turut dibintangi pelakon hebat Malaysia dan Indonesia seperti Fify Azmi, Dain Said, Josiah Hogan, Yayan Ruhian, Henley Hii dan ramai lagi. "Wira" dijangka akan menemui penonton pada hujung tahun ini. Jadi sebelum itu, jom lihat foto menarik di sebalik pembikinan filem ini.


Zizan Razak turut membuat penampilan istimewa dalam "Wira", namun wataknya masih belum diketahui.


Babak paling dinanti-nantikan iaitu pertarungan hebat antara Hassan (Hairul) dengan Ifrit lakonan pelakon aksi tersohor Indonesia, Yayan Ruhian.


Raja sedang berbincang sesuatu dengan Munas lakonan Dato' Hilal Azman.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 18 Mei 2019

Filem Berkaitan:
Wira (Malay) (21 Nov 2019)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan