Galeri
Entiti jahat mengganas dalam "Ikut Aku Ke Neraka"


Tarikh disiarkan: 21 September 2019

Peminat filem seram bakal dihantui oleh sebuah filem baru dari Indonesia yang dibintangi oleh Clara Bernadeth dan Rendy Kjaernett berjudul "Ikut Aku Ke Neraka". Filem ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri Lita dan Rama yang menantikan kelahiran anak pertama mereka. Kehidupan mereka berubah selepas Lita menjalani pembedahan bagi membuang tanda lahir di belakang badannya. Lita mula diganggu makhluk halus berupa wanita yang menakutkan sehinggalah dia ingin melahirkan anak. Rama telah meminta bantuan dari Pak Adam bagi membersihkan rumah mereka dari gangguan makhluk halus itu. Pak Adam memberitahu bahawa segala jawapan mengenai gangguan itu terdapat pada masa lampau Lita, iaitu ibunya, Sari, yang kini berada di hospital sakit jiwa.


Pak Adam turut diganggu entiti itu ketika cuba membantu pasangan Rama dan Lita.


Ibu Lita, Sari, kini menjalani rawatan di hospital sakit jiwa.


Entiti seram itu muncul di dalam cermin tandas Lita sehingga ia retak.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 Seterusnya 
Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:
Ikut Aku Ke Neraka (Indonesia) (26 September 2019)





Ticket Pricing Guide