Entiti jahat mengganas dalam "Ikut Aku Ke Neraka" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Entiti jahat mengganas dalam "Ikut Aku Ke Neraka"

Penulis: Nisa Irina

Peminat filem seram bakal dihantui oleh sebuah filem baru dari Indonesia yang dibintangi oleh Clara Bernadeth dan Rendy Kjaernett berjudul "Ikut Aku Ke Neraka". Filem ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri Lita dan Rama yang menantikan kelahiran anak pertama mereka. Kehidupan mereka berubah selepas Lita menjalani pembedahan bagi membuang tanda lahir di belakang badannya. Lita mula diganggu makhluk halus berupa wanita yang menakutkan sehinggalah dia ingin melahirkan anak. Rama telah meminta bantuan dari Pak Adam bagi membersihkan rumah mereka dari gangguan makhluk halus itu. Pak Adam memberitahu bahawa segala jawapan mengenai gangguan itu terdapat pada masa lampau Lita, iaitu ibunya, Sari, yang kini berada di hospital sakit jiwa.


Pembantu rumah Lita terkejut apabila entiti itu memunculkan diri di hadapannya.


Doktor pakar sakit jiwa yang merawat Sari tidak mempercayai kewujudan makhluk halus.


Sari memegang semua jawapan kepada misteri dan gangguan yang menghantui hidup Lita.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 21 Sept 2019

Filem Berkaitan:
Ikut Aku Ke Neraka (Indonesian) (26 Sep 2019)


Waktu Tayangan