Galeri
Foto-foto menarik di sebalik "BoBoiBoy Movie 2"


Tarikh disiarkan: 13 Ogos 2019

Selepas filem pertama "BoBoiBoy The Movie" 2016 mendapat sambutan ramai dan mencapai kutipan sebanyak RM18 juta, kini Animonsta Studios bakal menerbitkan sekuel filem tersebut. Diberi judul "BoBoiBoy Movie 2", filem ini bakal ditayangkan secara serentak di 500 pawagam di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos nanti. Menerusi sekuel ini, BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas kuasa elemen BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.


Yaya adalah salah seorang rakan BoBoiBoy yang berkeupayaan untuk
mengawal graviti dan terbang.


Papa Zola dan anak perempuannya Pipi Zola yang turut menyertai misi BoBoiBoy.


Adu Du kembali untuk memburu Power Sphera iaitu robot teknologi tinggi berkuasa hebat.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 4 Seterusnya 
Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan: