Foto-foto 'seram' di sebalik "Kuntilanak 2" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Foto-foto 'seram' di sebalik "Kuntilanak 2"

Penulis: Nisa Irina

Tidak lengkaplah filem seram Indonesia jika tiada filem yang menampilkan hantu dari negara seberang bergelar Kuntilanak. Makhluk berupa jelmaan wanita berbaju lusuh dan berambut panjang itu dikatakan roh wanita yang meninggal ketika melahirkan anak. Filem "Kuntilanak 2" adalah sekuel kepada "Kuntilanak" 2018. Menceritakan kisah seorang wanita bernama Karmila, yang mengaku dirinya adalah ibu kandung Dinda, pergi ke rumah Makcik Donna dan meminta Dinda melawat rumahnya di dalam hutan. Kerana mahu meluangkan masa bersama ibunya, Dinda pergi ke rumah itu tanpa persetujuan Makcik Donna. Akibatnya dia terperangkap di dalam rumah tersebut bersama adik-adik dan rakan-rakannya. Kejadian aneh mula berlaku dan lebih teruk lagi apabila Dinda, yang sebelumnya pernah bertembung dengan Kuntilanak, perlu berdepannya semula. Kali ini ia berbeza daripada makhluk sebelumnya yang dihapuskan menggunakan sihir.


Dinda dan adik beradiknya dijaga oleh Makcik Donna di rumahnya.


Kakak Dinda menemui sebuah perigi aneh di rumah Karmila yang
terletak di tengah-tengah hutan.


Rakan-rakan Dinda keluar melihat kawasan di sekitar rumah Karmila yang penuh misteri.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 15 Jul 2019

Filem Berkaitan:
Kuntilanak 2 (Indonesian) (25 Jul 2019)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan