Galeri
Foto-foto menarik di sebalik "Spider-Man: Far From Home"


Tarikh disiarkan: 29 Jun 2019

Selepas tayangan filem "Avengers: Endgame", sebuah lagi filem adiwira bakal menemui anda tidak lama lagi iaitu "Spider-Man: Far From Home". Ia akan menceritakan kehidupan Peter Parker (Spider-Man) selepas kematian Tony Stark (Iron Man) dalam "Avengers: Endgame". Peter bersama rakan-rakan baiknya Ned dan Michelle Jones menyertai rombongan sekolah ke Eropah. Bagaimanapun rancangan Peter untuk berehat dari dunia adiwira terganggu apabila Nick Fury memintanya untuk menyertai sebuah misi. Peter perlu bekerjasama dengan Quentin Beck yang dikenali sebagai Mysterio, seorang pakar muslihat yang mendakwa dirinya dari Bumi `parallel` dalam Multiverse. Mereka perlu bekerjasama melawan manusia-manusia dimensi luar biasa yang dikenali sebagai Elementals.


Peter Parker perlu menyertai misi ketika sedang mengikuti rombongan sekolah di Eropah.


Rakan-rakan Peter iaitu Betty, Ned dan Michelle Jones (MJ).


Peter terpaksa berbohong mengatakan 'suit' Spider-Man miliknya adalah baju tidur
ketika diperiksa di lapangan terbang.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 Seterusnya 
Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan: