Galeri
Apabila hantu menjadi penulis novel dalam "Ghost Writer"


Tarikh disiarkan: 17 Oktober 2019

Tahun 2019 menyaksikan negera jiran iaitu Indonesia terus rancak menghasilkan filem-filem seram dan terbaru "Ghost Writer". Filem seram komedi ini berkisarkan mengenai seorang penulis novel iaitu Naya yang sudah lama tidak menerbitkan novel baru. Dia terdesak untuk menulis novel baru tetapi tidak mempunyai idea, akhirnya dia buat keputusan untuk guna sebuah diari lama milik hantu bernama Galih dijadikan sebagai novel. Hubungan antara Naya dan Galih semakin rapat apabila mereka sama-sama terlibat dalam menghasilkan novel itu. Apa akan jadi pada hubungan mereka? Anda kena tonton sendiri di pawagam. Filem arahan Bene Dion ini dibintangi oleh Tatjana Saphira, Ge Pamungkas, Deva Mahenra dan Ernest Prakasa sebagai peneraju.


Naya terjumpa diari lama milik seorang lelaki yang sudah mati dan mendapati kisah
hidupnya menarik untuk diadaptasi ke novel.


Naya terkejut apabila pemilik asal diari yang dipegangnya iaitu Galih muncul dan
bersetuju untuk kisah hidupnya diadaptasi ke novel Naya.


Naya dan Galih sering menghabiskan masa bersama untuk menyiapkan novel.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 Seterusnya 
Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Ghost Writer (Indonesia) (10 Oktober 2019)





Ticket Pricing Guide