3 Rakan cuba rungkai misteri tahfiz dibakar dalam "Hero: Jangan Bikin Panas" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

3 Rakan cuba rungkai misteri tahfiz dibakar dalam "Hero: Jangan Bikin Panas"

Penulis: Ashraf Nasser

Selepas hampir sedekad tidak muncul dengan sebarang karya, Azizi Hj Adnan akhirnya kembali membuat kemunculan menerusi filem aksi komedi terbaru arahannya berjudul "Hero: Jangan Bikin Panas". Menerusi filem ini, pengarah ingin mengetengahkan isu 'panas' berkaitan dengan pusat-pusat tahfiz di negara yang sering ditimpa kemalangan kebakaran. Bagaimanapun untuk tidak menjadikan naskhah itu serius dan bosan, Azizi menyuntik elemen aksi komedi supaya ia lebih menghiburkan dengan memberi fokus kepada tiga sahabat iaitu Zaf, Amad dan Adam yang cuba menyelesaikan kes kebakaran pusat tahfiz. Filem terbitan NS Star Sdn Bhd ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam, Elisya Sandha, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Jadi sebelum anda ke pawagam pada 3 Oktober ini untuk tonton filem ini, jom lihat foto-foto menarik "Hero: Jangan Bikin Panas".


Hisyam Hamid, Bell Ngasri dan Syafiq Farhain membawa watak sebagai anggota bomba
ketika sedang dalam operasi memadam kebakaran.


Amad (Bell Ngasri) dan Adam (Mark Adam) melapor diri kepada Tuan Nazri (Riz Amin)
pada hari pertama mereka bertugas sebagai anggota bomba.


Datuk Jalaluddin Hassan dan Shaharudin Thambi adalah dua watak antagonis utama filem ini
dengan membawa watak sebagai Master Samiri dan Don Shah.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 28 Sept 2019

Filem Berkaitan:
Hero: Jangan Bikin Panas (Malay) (03 Oct 2019)


Waktu Tayangan