Galeri
3 Rakan cuba rungkai misteri tahfiz dibakar dalam "Hero: Jangan Bikin Panas"


Tarikh disiarkan: 28 September 2019

Selepas hampir sedekad tidak muncul dengan sebarang karya, Azizi Hj Adnan akhirnya kembali membuat kemunculan menerusi filem aksi komedi terbaru arahannya berjudul "Hero: Jangan Bikin Panas". Menerusi filem ini, pengarah ingin mengetengahkan isu 'panas' berkaitan dengan pusat-pusat tahfiz di negara yang sering ditimpa kemalangan kebakaran. Bagaimanapun untuk tidak menjadikan naskhah itu serius dan bosan, Azizi menyuntik elemen aksi komedi supaya ia lebih menghiburkan dengan memberi fokus kepada tiga sahabat iaitu Zaf, Amad dan Adam yang cuba menyelesaikan kes kebakaran pusat tahfiz. Filem terbitan NS Star Sdn Bhd ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam, Elisya Sandha, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Jadi sebelum anda ke pawagam pada 3 Oktober ini untuk tonton filem ini, jom lihat foto-foto menarik "Hero: Jangan Bikin Panas".


Hisyam Hamid, Bell Ngasri dan Syafiq Farhain membawa watak sebagai anggota bomba
ketika sedang dalam operasi memadam kebakaran.


Amad (Bell Ngasri) dan Adam (Mark Adam) melapor diri kepada Tuan Nazri (Riz Amin)
pada hari pertama mereka bertugas sebagai anggota bomba.


Datuk Jalaluddin Hassan dan Shaharudin Thambi adalah dua watak antagonis utama filem ini
dengan membawa watak sebagai Master Samiri dan Don Shah.


Sebelum bergelar anggota bomba, Adam seorang seorang 'street fighter'
yang bartarung secara haram.


Don Shah memberikan arahan kepada 'macainya' untuk melakukan khianat
terhadap sebuah pusat tahfiz.


Amylia (Elisya Sandha) diculik oleh 'macai' Don Shah untuk dijadikan tebusan untuk
menghapuskan Zaf yang menganggu rancangan jahat mereka.


Tauke Jambu terpaksa berpakaian jururawat wanita bagi melakukan tugasan untuk membunuh
salah seorang  ahli kumpulan mereka yang ditangkap ketika membakar pusat tahfiz.


Datuk Jalaluddin Hassan tidak dapat menahan ketawa ketika menjayakan salah satu babak.


Dalam filem ini Hisyam Hamid tampil dengan sisi berbeza iaitu membawa watak komedi
berbanding watak hero yang sinonim dengannya sebelum ini.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: