Kisah roh jahat menghantui dalam "The Spirit Of Ramayana" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Kisah roh jahat menghantui dalam "The Spirit Of Ramayana"

Penulis: Nisa Irina

Sebuah filem seram Thailand yang memaparkan elemen tarian tradisional dan kontemporari Thai. Ia berkisar mengenai Mintra yang ingin membuktikan kepada keluarga dan orang lain bahawa impiannya untuk menjadi seorang penari adalah benar, termasuk ingin mendapatkan wang untuk membayar bil. Dia telah menyertai uji bakat untuk sebuah pementasan berjudul "Ramayana", dengan harapan dapat menggalas watak Seeda. Pengarah berpendapat dia terlalu baik untuk watak yang memerlukan sisi baik dan gelap itu, dan telah memilih musuhnya Gina. Perkara itu telah menghidupkan sisi gelap Mintra. Dia kemudian bersetuju untuk menerima bantuan roh jahat yang ingin menghidupkan sisi gelapnya. Namun, Mintra hanya mendapat peluang kedua untuk menyertai uji bakat watak utama itu kerana Gina telah ditimpa kemalangan yang disebabkan oleh hantu tersebut.


Pementasan tarian yang berkonsepkan tarian tradisional dan kontemporari Thai.


Mintra ingin membuktikan kepada pengarah bahawa dia boleh membawa watak Seeda.


Mintra mendapatkan bantuan daripada roh jahat untuk menghidupkan sisi gelapnya.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 05 Sept 2019

Filem Berkaitan:
The Spirit Of Ramayana (Thai) (12 Sep 2019)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan