Galeri
Pontianak mengganas di ibu kota dalam "KL Vampires"


Tarikh disiarkan: 20 Oktober 2019

Jarang sekali penonton disajikan dengan filem tempatan mengenai pontianak 'normal' seperti manusia biasa. Selalunya filem seperti ini hanya dihasilkan oleh Hollywood seperti "Twilight" dan sebagainya. Kini penonton bakal disajikan filem seperti itu menerusi filem "KL Vampires" yang mana ia berkisarkan mengenai dua kumpulan vampire dalam peperangan sesama mereka. Filem arahan Daven R. ini dibintangi oleh pelakon dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia seperti Raja Ilya, Josiah Hogan, Pablo Amirul, Donny Alamsyah, Cecep Arif Rahman dan ramai lagi. Jadi sebelum anda ke pawagam untuk menonton filem ini pada 14 November depan. Jom lihat foto-foto menarik filem "KL Vampires".


Raja Ilya dipilih untuk meneraju filem "KL Vampires" sebagai Ratu
Vampires iaitu Ratu Citra Sari.


Babak pertarungan antaran Shah (Josiah Hogan), Agus (Donny Alamsyah)
dengan Ratu Citra Sari (Raja Ilya).


Josiah Hogan membawa watak sebagai Shah iaitu orang kuat Ratu Citra Sari.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 Seterusnya 
Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
KL Vampires (Melayu) (14 November 2019)





Ticket Pricing Guide