Rungkai misteri disebalik kehilangan Bella menerusi "Wangi" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Rungkai misteri disebalik kehilangan Bella menerusi "Wangi"

Penulis: Nisa Irina

Setelah sekian lama kelibatnya tidak kelihatan di layar lebar, kini pelakon Erra Fazira kembali menerusi sebuah filem seram baru berjudul "Wangi". Menerusi filem ini juga, Erra akan digandingkan bersama Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifli. "Wangi" mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Nor dan Khuzairi, yang mempunyai seorang anak lelaki istimewa berumur tujuh tahun. Semasa dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua, Nor menyedari pembantu rumah yang juga adik angkatnya, Bella, telah hilang. Khuzairi memberitahunya bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam untuk berkahwin dengan kekasihnya. Misteri kehilangan Bella menyebabkan Nor berasa pelik kerana Bella tidak pernah bercerita mengenai soal perkahwinan dan sejak itu kejadian pelik mula berlaku kepada Nor dan keluarganya.


Walaupun masih berpantang, Nor sempat membuat persiapan anaknya untuk ke sekolah.


Nor dijaga oleh ibunya di rumah sepanjang tempoh berpantang selepas kelahiran anak kedua.


Adik angkat Nor iaitu Bella membantu Nor yang kesakitan akibat hampir bersalin.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 20 Jul 2019

Filem Berkaitan:
Wangi (Malay) (05 Sep 2019)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan