Galeri
Singkap kisah hidup Elton John menerusi "Rocketman"


Tarikh disiarkan: 22 Jun 2019

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini permintaan terhadap filem-filem biopik semakin mendapat sambutan dan banyak naskhah-naskhah seperti itu dihasilkan kini. Terbarunya, sebuah filem biopik berkisar mengenai penyanyi terkenal dari Britain, Elton John. Filem ini menyingkap kehidupan Elton John sebelum beliau menjadi selebriti terkenal dalam dunia seni, bermula dari penglibatan beliau dalam Royal Academy of Music sehingga kejayaan beliau meraih populariti bersama penulis lagu, Bernie Taupin. Lebih menarik lagi, filem ini juga dikategorikan dalam genre muzikal fantasi. Filem ini diterajui oleh pelakon filem bersiri "Kingsman", Taron Egerton.


Taron Egerton membawa watak sebagai penyanyi terkenal Elton John.


Elton John membuat persembahan di Stadium Dodger, Los Angeles'
disaksikan ribuan penonton pada 1975.


Elton John bersama penulis lagu Bernie Taupin yang dilakonkan oleh Jamie Bell.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 Seterusnya 
Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:
Rocketman (25 Julai 2019)