"Suatu Ketika" tonjol semangat perpaduan kaum di Malaysia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

"Suatu Ketika" tonjol semangat perpaduan kaum di Malaysia

Penulis: Nisa Irina

"Suatu Ketika" merupakan sebuah naskhah yang mengangkat tema perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Ia juga bertemakan sukan bola sepak yang sememangnya diminati oleh semua lapisan masyarakat. Ia berkisar mengenai impian sekumpulan kanak-kanak dari latar belakang yang berbeza berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak. Mereka telah dilatih oleh seorang tukang kebun dan seorang guru di Sekolah Ujong Pasir. Biarpun salah seorang daripada mereka mempunyai masalah kesihatan, namun perkara itu tidak menghalang semangat kesukanannya. Pasukan mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup".


Pasukan bola sepak Ujong Pasir menarik upih sebagai salah satu latihan kecergasan diri.


Pasukan itu tekun mendengar taklimat daripada jurulatih mereka.


Pak Sa'ad yang juga seorang tukang kebun, menjadi jurulatih kepada pasukan bola sepak itu.

Previous 1 2 3 4 Next 
Cinema Online, 10 Ogos 2019

Filem Berkaitan:
Suatu Ketika (Melayu) (12 Sept 2019)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan