Galeri
"Suatu Ketika" tonjol semangat perpaduan kaum di Malaysia


Tarikh disiarkan: 10 Ogos 2019

"Suatu Ketika" merupakan sebuah naskhah yang mengangkat tema perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Ia juga bertemakan sukan bola sepak yang sememangnya diminati oleh semua lapisan masyarakat. Ia berkisar mengenai impian sekumpulan kanak-kanak dari latar belakang yang berbeza berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak. Mereka telah dilatih oleh seorang tukang kebun dan seorang guru di Sekolah Ujong Pasir. Biarpun salah seorang daripada mereka mempunyai masalah kesihatan, namun perkara itu tidak menghalang semangat kesukanannya. Pasukan mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup".


Guru besar Sekolah Ujong Pasir tidak bersetuju dengan Pak Sa'ad untuk pasukan
bola sepak sekolahnya berlawan dengan sekolah St James.


Watak Cikgu Rokiah dibawa oleh pelakon Syafnida Shuhaimi.


Dua orang ahli pasukan bola sepak menikmati makan tengah hari bersama
bapa mereka yang merupakan penoreh getah.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 4 Seterusnya 
Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:
Suatu Ketika (Melayu) (12 September 2019)