Zul Ariffin, Remy Ishak bertembung dalam "Sangkar" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Zul Ariffin, Remy Ishak bertembung dalam "Sangkar"

Penulis: Nisa Irina

"Sangkar" merupakan filem pertama di Malaysia yang mengangkat tema sukan Mixed Martial Arts (MMA) serta menampilkan dua hero tempatan, Zul Ariffin dan Remy Ishak. Ia mengisahkan tentang atlet MMA, Adam Abdullah, ingin menebus kesalahannya terhadap Johan Kamaruddin yang cedera parah akibat perlawanan mereka di luar gelanggang. Adam perlu bertarung dan memenangi pertandingan MMA bagi mendapatkan habuannya untuk membantu Johan sekeluarga. Jadi sebelum anda ke pawagam untuk tonton filem ini pada 29 Ogos ini, jom lihat foto-foto menarik "Sangkar".


Lea terkejut melihat kecederaan yang dialami oleh Adam kerana terlibat dengan perlawanan.


Lea merupakan seorang jururawat dan adik kepada Johan serta memikul
tanggungjawab dan beban kerja demi keluarganya.


Adam dan Johan cedera parah di muka selepas berlawan antara sesama sendiri di luar gelanggang.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 26 Ogos 2019

Filem Berkaitan:
Sangkar (Malay) (29 Aug 2019) [Trailers]



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan