Tayangan "Birds Of Prey" CO dimeriahkan dengan Kapoww Entertainment | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Tayangan "Birds Of Prey" CO dimeriahkan dengan Kapoww Entertainment

Penulis: Ashraf Nasser

Semalam telah berlangsungnya tayangan filem paling dinanti-nantikan "Birds Of Prey: And The Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn" oleh Cinema Online yang mana menyaksikan komuniti cosplayers popular dari Kapoww Entertainment turut dijemput untuk memeriahkan majlis tayangan itu. Majlis tayangan yang berlangsung di mmCineplexes eCurve, Mutiara Damansara ini diadakan secara eksklusif untuk jemputan pembaca Cinema Online yang terpilih sahaja. Walaupun majlis tayangan ini tertutup, namun pengunjung yang berada di pawagam berpeluang untuk bergambar dengan cosplayers kegemaran mereka. Antara cosplayers yang hadir mengenakan pelbagai kostum adiwira, termasuk Harley Quinn, Batman, Robin, Shazam, Katana, Joker dan banyak lagi. Jadi jom kita lihat foto-foto menarik dari tayangan filem "Birds Of Prey" semalam!


Antara cosplayers yang hadir bagi memeriahkan tayangan "Birds Of Prey".


Harley Quinn bersama 'ex-boyfriend' Joker!


Pengunjung cilik ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Catwoman dan Katana.

Previous 1 2 3 4 5 Next 
Cinema Online, 07 Feb 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan