Gaya fesyen memukau adik beradik bintang Bollywood | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Gaya fesyen memukau adik beradik bintang Bollywood

Penulis: Nisa Irina

Jika namanya selebriti, pasti tidak dapat lari dengan dunia glamor dan gaya fesyen terkini. Begitu juga dengan selebriti-selebriti Bollywood yang sentiasa berketerampilan kemas dan bergaya, terutamanya selebriti wanita. Ikatan kekeluargaan dalam dunia Bollywood sememangnya sangat erat, jadi tidak hairanlah ibu bapa, anak beranak dan adik beradik selebriti-selebriti ini sering dilihat bersama tak kira dalam filem mahupun di luar. Kali ini, jom kita lihat adik beradik selebriti Bollywood wanita dengan gaya fesyen mereka yang elegan dan ranggi!


Memiliki kejelitaan persis mendiang ibu mereka primadona Sridevi, Kushi dan Janhvi sering
menarik perhatian para peminat dengan gaya fesyen mereka di media sosial,
tak kira kasualmahupun pakaian tradisional, mereka memakainya dengan penuh gaya!


Gandingan dua anak perempuan aktor Anil Kapoor iaitu Sonam dan Rhea Kapoor sememangnya
sangat serasi,termasuk dalam bidang fesyen! Cita rasa fesyen yang sama adik beradik ini
akhirnya melahirkanjenama pakaian mereka sendiri iaitu RHESON.


Kecomelan Alia dan Shaheen Bhatt sememangnya tidak boleh dinafikan! Biarpun Shaheen jarang
dilihat menemani Alia ke mana-mana acara, namun semua mata pasti akan terpahat kepada
dua beradik ini dengan gaya fesyen kasual mereka.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 23 Mei 2020

Waktu Tayangan