Gaya fesyen memukau adik beradik bintang Bollywood | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Gaya fesyen memukau adik beradik bintang Bollywood

Penulis: Nisa Irina

Jika namanya selebriti, pasti tidak dapat lari dengan dunia glamor dan gaya fesyen terkini. Begitu juga dengan selebriti-selebriti Bollywood yang sentiasa berketerampilan kemas dan bergaya, terutamanya selebriti wanita. Ikatan kekeluargaan dalam dunia Bollywood sememangnya sangat erat, jadi tidak hairanlah ibu bapa, anak beranak dan adik beradik selebriti-selebriti ini sering dilihat bersama tak kira dalam filem mahupun di luar. Kali ini, jom kita lihat adik beradik selebriti Bollywood wanita dengan gaya fesyen mereka yang elegan dan ranggi!


Selain berkongsi minat dalam gaya hidup sihat dan bakat tarian, Shilpa dan Shamita Shetty
seringkali dilihat bersama menghadiri majlis-majlis dan acara besar, l
engkap bergaun yang mampu mempesonakan sesiapa sahaja!


Diva fesyen Bollywood adalah gelaran paling sesuai untuk diberikan kepada pasangan
beradik Malaika dan Amrita Aurora. Tak usah cakap banyak, lihat sahaja gaya fesyen mereka
yang penuh elegan di acara-acara karpet merah. Biarpun kedua-duanya sudah bergelar ibu,
namun itu tidak menghalang mereka untuk terus beraksi di hapadan kamera!


Jika bapa mereka adalah ikon Bollywood Kamal Haasan, maka tidak hairanlah jika
adik beradik Shruti dan Akshara mempunyai stail yang menarik. Kedua-dua beradik
ini tahu bagaimana caranya untuk menarikperhatian ramai dengan menggayakan
apa-apa pakaian dengan penuh keyakinan!
Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 23 Mei 2020

Waktu Tayangan