Selebriti Bollywood yang pernah bintangi filem Hollywood | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Selebriti Bollywood yang pernah bintangi filem Hollywood

Penulis: Nisa Irina

Seperti diketahui umum, industri perfileman Bollywood menjadi pusat penghasilan filem kedua terbesar di dunia selepas Hollywood. Maka tidak hairanlah jika bintang-bintang Bollywood dikenali secara global. Malah, ramai juga dalam kalangan bintang-bintang Bollywood seperti Priyanka Chopra, Aishwarya Rai dan Irrfan Khan sudah mencipta nama di persada Hollywood sejak beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, jom kita lihat antara nama-nama besar Bollywood yang pernah membintangi filem Hollywood!


Priyanka Chopra membawa watak antagonis Victoria Leeds, usahawan wanita yang sering
memberi rasuah kepada anggota majlis bandaraya untuk kepentingannya, dalam filem
aksi komedi "Baywatch" (2017). Filem ini turut dibintangi oleh
Dwayne Johnson, Zac Efron dan Alexandra Daddario.


Diva terkenal Aishwarya Rai digandingkan bersama aktor Steve Martin dalam filem aksi
komedi "The Pink Panther 2" (2009). Dalam filem ini Aishwarya menjayakan watak Sonia Solandres,
seorang pakar kriminologi dan salah seorang ahli kumpulan detektif hebat Dream Team
untuk menumpaskan ketua penjenayah 'The Tornado'.


Jangan terlepas menyaksikan gandingan hebat antara bintang veteran Amitabh Bachchan bersama
aktor Hollywood terkenal Leonardo DiCaprio dan Tobey Maguire dalam filem berdasarkan novel
F. Scott Fitzgerald "The Great Gatsby" (2013). Dalam debut Hollywood-nya itu, Bachchan menjayakan
watak kaki judi bernama Meyer Wolfsheim yang juga rakan baik kepada Jay Gatsby.

Previous 1 2 3 4 Next 
Cinema Online, 17 Mei 2020

Waktu Tayangan