Gaya fesyen memukau Neelofa | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Gaya fesyen memukau Neelofa

Penulis: Nisa Irina

Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa adalah salah seorang selebriti paling terkenal di Malaysia! Bukan hanya berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, malah Neelofa juga dijadikan sumber inspirasi wanita berjaya dan ikon fesyen bagi semua wanita berhijab. Namanya juga terkenal di peringkat antarabangsa apabila dipilih menjadi duta jenama-jenama terkenal. Sikap berani mencuba membuatkan fesyen Neelofa tidak hanya terikat pada satu stail sahaja. Keunikan fesyen Neelofa juga sering menjadi 'trendsetter' kerana ia menjadi ikutan ramai. Kali ini kami ingin tampilkan beberapa stail fesyen yang digayakan oleh Neelofa


Bersiar-siar di kota Paris dengan penuh gaya! Neelofa menggayakan gaun kuning
keemasan bertemakan alam semula jadi jenama Dior, dipadankan dengan topi Raffia,
untuk menghadiri acara Paris Fashion Week Womenswear Fall/Winter 2020/2021.


Nak ambil gambar 'passport' pun haruslah bergaya. Neelofa berpakaian ringkas tetapi 'trendy'
dengan sepasang blazer yang digayakan dengan kemeja-T dan seluar jeans berwarna cerah.
Gaya ini sesuai jika anda ingin ke kompleks beli belah mahupun ke kelas kuliah.


Mungkin ramai yang tak yakin untuk memakai warna putih dan lebih cenderung untuk memakai
warna yang gelap. Tetapi cuba buang perasaan takut itu dan gayakan pakaian 'all-white' seperti Neelofa.
Lengkapkan gaya anda dengan mengenakan gincu berwarna merah bagi tampak lebih berani.

Previous 1 2 3 4 Next 
Cinema Online, 02 Jul 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan