Jom tiru gaya fesyen kasual selebriti-selebriti Indonesia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Jom tiru gaya fesyen kasual selebriti-selebriti Indonesia

Penulis: Nisa Irina

Pemilihan gaya fesyen adalah perkara wajib bagi setiap orang, terutamanya golongan wanita dan belia, yang paling mudah terpengaruh dengan perkembangan fesyen semasa. Ia merupakan cara untuk menonjolkan diri dan mencipta imej kita kepada umum. Mungkin anda sudah lama terfikir untuk ubah gaya fesyen sendiri atau baru berjinak-jinak untuk berfesyen? Kalau begitu, mari kita lihat beberapa fesyen kasual dan 'smart casual' yang digayakan oleh selebriti-selebriti terkenal dari negara jiran, Indonesia. Mana tahu, boleh jadi inspirasi selepas ini!


Selebriti kacukan Jerman-Indonesia yang berjaya mencipta nama di persada Hollywood,
Cinta Laura Kiehl sentiasa memukau mata ramai dengan kepelbagaian gaya fesyennya!
Maka tak hairanlah Cinta digelar 'influencer' fesyen oleh para peminat.


Laudya Cynthia Bella boleh dikatakan ikon hijabista kerana pemilihan pakaian dan hijabnya
sentiasa 'on point'! Kini 'skirt' adalah 'trend' ramai wanita dan gadis berhijab memandangkan
ia lebih selesa untuk bergerak dan tampak lebih comel!


Gaya fesyen Bunga Citra Lestari, atau BCL, memang tak perlu dipertikaikan.
BCL sentiasa tampak selesa dalam setiap pakaian yang dikenakan.
Tak kira ke majlis sosial mahupun bercuti, gaya fesyen BCL yang elegen sentiasa
tampil 'on point'! Yang penting kena yakin dengan gaya tersendiri.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 24 Okt 2020

Waktu Tayangan