Pembikin filem India Selatan yang mencipta nama di Bollywood | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Pembikin filem India Selatan yang mencipta nama di Bollywood

Penulis: Nisa Irina

Semua sedia tahu bahawa industri perfileman Bollywood (Hindi) terkenal dengan filem-filem pecah panggung, tetapi filem-filem yang dihasilkan dalam industri perfileman India Selatan yang terdiri daripada Kollywood (Tamil), Tollywood (Telugu), Mollywood (Malayalam) dan Sandalwood (Kannada) tidak kurang hebatnya. Filem India Selatan yang sehingga kini mencetuskan sensasi adalah "Baahubali" arahan S. S. Rajamouli. Saban tahun, pembikin filem India Selatan berjaya mencipta nama di persada Bollywood dengan karya-karya filem pecah panggung mereka. Berikut adalah senarai pembikin filem India Selatan yang terkenal di Bollywood.


Ram Gopal Varma adalah pengarah, penerbit dan penulis skrip yang terkenal dalam industri
perfileman Tollywood dan Bollywood. Varma dianggap sebagai pelopor filem India dan menerima
gelaran "Bombay's Most Successful Maverick" atas karya-karya filem eksperimentalnya.
Antara filem Bollywoodnya yang terkenal ialah "Raat", "Rangeela", "Satya", "Sarkar" dan "Bhoot".


Boleh dikatakan ramai penerbit yang mengimpikan untuk bekerjasama dengan pengarah hebat
S. S. Rajamouli yang banyak menghasilkan filem-filem aksi dalam industri perfileman Tollywood.
Karya filemnya yang paling terkenal ialah siri filem "Baahubali" yang ditayangkan dalam bahasa Tamil dan Telugu.
Atas kejayaan filem-filem itu, ia turut dihasilkan semula dalam versi Malayalam dan Hindi.


Memegang kerjaya sebagai guru tarian, pengarah, penerbit dan pelakon, Prabhu Deva
mempunyai pelbagai pengalaman bekerja dalam industri perfileman Kannada, Tamil, Telugu dan Hindi.
Filem Bollywood arahannya yang berjaya meraih perhatian ramai ialah
"Wanted", "Rowdy Rathore", "Dabangg 3" dan yang bakal dirilis iaitu "Radhe:
Your Most Wanted Bhai" lakonan Salman Khan.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 06 Jun 2020

Waktu Tayangan