Filem Bollywood menarik boleh ditonton di Netflix | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Filem Bollywood menarik boleh ditonton di Netflix

Penulis: Nisa Irina

Filem Bollywood atau Hindustan sememangnya menjadi fenomena dan sudah sebati dengan kehidupan kita. Malah boleh dikatakan ramai yang membesar dengan menonton naskhah-naskhah terbitan industri perfileman kedua terbesar di dunia ini. Filem Bollywood bukan sahaja padat dengan kisah cinta, lagak aksi, nyanyian dan tarian semata-mata, malah ia sarat dengan pengajaran kehidupan yang berharga. Jadi sementara banyak waktu terluang di rumah ini, jom layan filem-filem Bollywood menarik yang kini anda boleh tonton di Netflix!


Antara filem Bollywood paling ikonik dan tak jemu ditonton berulang kali adalah
"Kabhi Khushi Kabhie Gham". Malah setiap tahun ia akan disiarkan sewaktu perayaan Deepavali.
Filem bertemakan kekeluargaan dan percintaan ini diungguli oleh bintang-bintang terkenal Bollywood
seperti Shah Rukh Khan, Kajol, Kareena Kapoor Khan, Amitabh Bachchan dan Hrithik Roshan.


Walaupun sudah lebih dua dekad ditayangkan, kisah cinta tiga segi lakonan Shah Rukh Khan, Kajol
dan Rani Mukherjee, "Kuch Kuch Hota Hai", masih menjadi filem wajib tonton bagi setiap
peminat tegar filem Bollywood. Filem arahan Karan Johar ini banyak mengajar penonton mengenai
erti persahabatan dan erti cinta sebenar. Penghujung filem ini pasti membuatkan anda berendam dengan air mata.


Filem komedi berjudul "3 Idiots" ini antara karya Bollywood popular dan berjaya memperoleh
keuntungan besar selepas ditayangkan di seluruh dunia. Dibintangi oleh Aamir Khan,
R. Madhavan dan Sharman Joshi, ia mengisahkan kehidupan tiga sahabat iaitu Rancho,
Farhan dan Raju yang sering menimbulkan masalah di universiti. Apa yang pasti,
filem ini penuh pengajaran berguna buat penonton.

Previous 1 2 3 4 Next 
Cinema Online, 18 Apr 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan