Filem Bollywood yang diharamkan di Malaysia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Filem Bollywood yang diharamkan di Malaysia

Penulis: Nisa Irina

Biarpun industri perfileman Bollywood terkenal dengan filem-filem pecah panggung, namun ada juga beberapa filem yang menyentuh isu-isu sensitif sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati beberapa pihak. Malah, terdapat negara-negara yang mengharamkan filem-filem sebegitu untuk ditayangkan di negara mereka, termasuk Malaysia. Berikut merupakan senarai filem-filem Bollywood yang gagal ke pasaran Malaysia.


Malaysia adalah negara pertama yang mengharamkan penayangan "Padmaavat" (2018)
susulan jalan ceritanya memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam,
termasuk perubahan sejarah apabila watak Sultan Alauddin Khilji digambarkan sebagai
individu sombong, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Filem ini dibintangi oleh
Deepika Padukone, Shahid Kapoor dan Ranveer Singh.


Diterajui oleh Akshay Kumar, Taapsee Pannu dan Danny Denzongpa, "Baby" (2015) didakwa
sebagai filem anti-Pakistan dan memberi imej buruk terhadap agama Islam. Ia didedahkan
oleh aktor Pakistan, Mikaal Zulfiqar, selepas membintangi filem ini. Mikaal akhirnya
membuat keputusan untuk tidak lagi membintangi filem Bollywood memandangkan
industri itu tidak menghormati pelakon Pakistan.


Gara-gara penuh kandungan yang tidak menyenangkan dan penuh kontroversi, filem "Lamhaa" (2010)
turut diharam tayang di beberapa negara Islam Timur Tengah seperti Arab Saudi, Pakistan, Qatar dan Oman.
Filem yang dibintangi oleh Sanjay Dutt, Bipasha Basu dan Kunal Kapoor ini menceritakan
kehidupan sebenar masyarakat Kashmir dan pihak produksi telah mempromosikan filem
ni dengan gambaran Kashmir adalah tempat paling berbahaya di Dunia.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 28 Mei 2020

Waktu Tayangan